Sunday, August 23, 2015

TIPS buat PAVLOVA.

Bagi yang belum pernah buat PAVLOVA saya nak share sikit tips dan pantang larang masa buat pavlova yer.

pavlova


Ini pavlova yang saya buat semalam.Resepi boleh ikut yang dibawah ni yer  

 Untuk Pavlova Disc:
4 biji telur gred A (bahagian putih sahaja)
200gm gula castor
1/2 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka
1/2 sudu besar tepung jagung



Untuk Krim:
240ml whipping cream

Buah2 kesukaan..
(buah strawbery,anggur hitam,kiwi,peach)lagi masam sesuatu buah tu lagi bagus sebab nak matchkan dengan disc yang manis tu.Sukatan gula boleh ikut selera tekak masing2 yer.hihi

Putarkan putih telur sehingga kembang kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit kemudian masukkan tepung jagung dan esen vanila dan cuka.Bila dah soft peak iaitu adunan dah kental boleh la sapu atas patchment paper dan buat bentuk ikut kesukaan anda.bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 60 minit.

Sementara tunggu dics siap boleh la buat cream.Pastikan whipping cream dalam keadaan sejuk sebelum dipukul untuk mudahkan ia menjadi kental.Nak senang simpan dulu pemutar bowl tu dlm peti ais 10-15 minit.Dah sejuk baru guna.Pukul 240ml whipping cream sampai  ia kental.Lepas tu simpan dalam peti sejuk yer.Bila dics dah siap boleh la hias sepeti gambar di atas.

OK TIPS
1)masa buat meringue pastikan bowl anda bersih dari sebarang minyak dan hanya putih telur sahaja yang ada.Walau 1 titik kuning telur pun tak boleh ada yer PERCAYAlah nanti dics anda tak menjadi.
2)Selepas bakar jangan buka terus pintu oven.Buka sikit sahaja bagi suhu menurun secara perlahan-lahan.Kalau buka juga PERCAYALAH DICS anda akan JATUH.
Ini sahaja tips penting untuk membuat pavlova

0 comments: