Wednesday, October 28, 2015

PENAPIS AIR PALING MURAH

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Siapa kat sini tak pernah ada satu pun penapis air?Saya dulu jakun sangat tau masa 1st time ada penapis air dalam rumah.Masa tu mak saya masuk peraduan apa tah CABUT DAN MENANG.Haaa ingat tak?tapi masa tu antara hadiahnya penapis air,pinggan mangkuk dan lain-lain lagi la.Tak ingat sangat dah.Masa tu saya masih sekolah rendah lagi rasanya.

Tapi sebenarnya tak menang mana pun.Lepas tu dia suruh kita bayar.Nak jadi  cerita mak saya dapat penapis air.Maka itulah penapis air pertama keluarga kami hihi.

Haaaa lebih kurang macam ni la penapisnya.Brand apa saya pun tak ingat dah.Tapi tak pakai lama mana pun sebab ada problem kat penapis tu lepas tu dah tak boleh nak contact balik delaer tu.Jahat sangat dorang kan.Bodoh2 kan jer orang kat kampung ni.OK ni kisah pertama.

Kisah kedua 

Sekali lagi tipah tertipu (hahahahah kebodohan diri sendiri la ni...ketuk kepala balik:) )Masa tu saya tengah study di UPM.Masa tu saya dah ada side income.So bila ada jurujual yang datang dari rumah ke rumah buat demo penapis air masa tu rasa kagum sangat.Wahhhhhhhh kecanggihan apakah ini hahaha bongoks btol masa tu.Dan terasa diri maca, banyak duit sangat saya pun offer dekat mak dengan dialog 'Ambik jer....saya bayar bulan2 sampai habis.Duit muka rm300++ kalau tak silap lepas tu bulan2 bayar rm50 ke rm100 ke tak ingat dah tapi macam tu la kosnya.Jumlah keseluruhan ialah rm2200.Haaaaa ambik kau.


Total amount tu mmg saya ingat la sampai bila-bila sebab sendiri yang bayor kennnnn.kihkihkih Lepas tiap-tiap bulan dorang akan datang collect duit.Setahun sekali dorang akan rekomen tukar penapis yang dalam tu.Tapi masa ni cuma fikir satu jer nak bagi mak minum air yang ditapis.Lebih sihat dan selamat.Lepas tu tak payah nak masak air banyak-banyak kali untuk buat air minum.Jimat dah kos duit dapur gas kan.Lepas tu kalau masak nasi ke gulai ke memang guna air tapis je lebih tahan lama nasi atau lauk tu.So selamat 2 tahun saya pun bayarlah bulan2 duit penapis ni kat company ni.

Selang beberapa tahun...masa ni dah kahwin dah.Lepas husband dapat tahu kebodohanku ini hahahaha memang kena kutuk terus kaw2 hokey.Panas telingaku rasa macam berasap rasap je.

Dia cakap saya ni suka kena tipu.Penapis cap ayam tu pun saya bole  beli dengan harga rm2200.Lagi lah berdesing telinga ni kan.Lepas tu die siap tunjuk lagi kedai supplier penapis air yang mana kita boleh je beli terus filter kat situ.Lebih murah.Bawak jer sample filter kita kesana.Kos tukar filter rm50 jer bukan rm100++ macam yang selalu bayar pada dealer tu.Memang sejak dari itu sebarang servis penapis air tu saya hentikan serta merta.Apa2 penukaran filter semuanya kitorang buat sendiri.Saya juga dah tak benarkan mak saya bagi sesiapa pun wakil jual penapis air masuk rumah.


Nak dijadikan cerita 2 tahun yang lepas kalau tak silap kebetulan masa tu saya ada di kampung.Datang la 2 orang mamat ni pakai kemas segak jer datang memberi salam.Katanya nak buat demo sikit pasal penapis air.Beli takper tak beli pun takper.Banyak nau tau cakapnyer.Aku pun relakan jerlah.Sukati korang lah.Tapi dalam hati memang dah tekat dah tak mau beli.Sampai mati pun ku takkan beli.Selepas selesai dorang pasang penapis dan bagi kitorang minum air tapis tu die pun ceritalah harga penpias pulak.Bulan ni offer katanya.Kak cuma bayar rm499 saja lepas tu yang baki tu boleh bayar bulan-bulan.Total semua rm1200 sahaja.Haaaaaa nampak macam murah sikit kan dari yang 1st saya beli tu.Tapi tungguuuu
.

.
.
.
.
.
.
.
.nanti dulu
.
.
.
.
.
.
Selepas selesai pasang saya pun dengan lembut lidah bagitau kami takder duit lagi nak beli.Kalau ada rezeki nanti kami akan contact balik.Die pun dengan muka agak frust dan senyum kambing sambil offer macam2 kelebihan penapis air ni kan terus buka balik penapis yang die pasang tadi.Yang syiok nyer die siap sebut lagi kampung sebelum saya tu dah ada orang tu orang ni booking,hari ni dah bla...bla...bla...orang order.haaaaaa sikit ku tak hairan.sebab mind set dah letak TAK NAK BELI!

Selesai jer mamat tu keluar dari pintu rumah makku...terus aku google.Haaaaaaaaaa.......


AMBIK KAU!HARGA RM499 TU ADALAH HARGA SEBENAR PENAPIS AIR TU JER.YANG BULAN2 TU ADALAH KEUNTUNGAN BELIAU SEMATA2.KALAU ORANG LAIN BOLEH JUAL RM499 DAN MASIH DAPAT UNTUNG...KORANG AGAK MAMAT TADI BERAPA UNTUNG MASUK POKET DIE?HAHAHAHAHA BTOL LA KATA PUJANGGA.DORANG NI BANYAK MENIPU JER NIH.NASIB TAU AKU TAK BELI. 

Korang ingat yer..pesan la elok-elok kat mak ayah kat kampung baik-baik.Jangan mudah terpedaya dengan penjual dari rumah ke rumah.BAHAYA.

Jom sambung sikit lagi........

Kisah ke EMPAT saya dengan PENAPIS AIR.

Kali ni saya memang JATUH CINTA terus.Takder pandang tempat lain dah.Tak terfikir pun nak beli.kebetulan jadi AHLI dapat harga ahli lebih berbaloi la kan.Penapis air saya yang ke EMPAT ialah WATER PITCHER SHAKLEE.

 







Nampak tak ianya SIMPLE,MUDAH DAN BOLEH DILETAKKAN DIMANA-MANA SAHAJA.Kenapa saya suka penapis ni.Satunya ia MUDAH.saya tak perlu pun nak pasang macam2 kat kepala paip kat sinki dapur saya.Kemudian ianya RINGAN.saya nak letak atas meja boleh,bawak pergi picnic boleh,bawak balik kampung boleh,letak dekat OFIS boleh dan kadang-kadang letak daalm peti ais sebab suami suka minum air sejuk.Kalau tetamu datang nak jamu terus atas meja makan pun boleh.Tetamu pun suka sebab airnya memang lebih sedap dari biasa.Tiada bau atau rasa paip seperti sesetengah air yang baru lepas dimasak.Dan palinng UTAMA sebab ianya juga CANTIK DAN SEDAP MATA MEMADANG.

Dengan setiap pembelian penapis air ni kita akan menerima 3 extra filter lagi tau.So boleh guna lama lah.Untuk satu filter ia disahkan dapat menuras sehingga 303L air atau 80 gelen air.

So jangan TUNGGU lagi cepat buat PILIHAN BIJAK.satu penapis ni hanya berharga

RM450 sahaja

RM450 sahaja

RM450 sahaja

Kalau anda daftar ahlli SAYA JAMIN HARGA LEBIH RENDAH DARI INI.

TIADA EXTRA CHARGE BULANAN DIKENAKAN.

So bagi seliter air hanya beberapa sen sahaja.Sangat murah dan berbalooi untuk AIR YANG LEBIH SIHAT DAN RASANYA ENAK.Jag air BERMETER AUTOMATIK ini juga adalah yang PERTAMA menunjukkan jumlah gelen air yang TELAH DITURAS.Ia juga tidak memerlukan ELEKTRIK.RINGAN DAN MUDAH dibawa.Dan yang paling penting MENJIMATKAN KOS.....tak payah dah masak air banyak-banyak untuk stok air masak dirumah.


Jika berminat boleh hubungi saya
Noorazlyn Md Radzi
0195566558
atau
Anda juga boleh membuat belian sendiri di mana-mana branch shaklee dengan membawa 
No id shaklee saya
 Noorazlyn Md Radzi 
917661

hubungi saya terus jika terdapat sebarang masalah.
tq







0 comments: