Friday, July 31, 2015

HADIAH ISTIMEWA..


Semua manusia tak kira peringkat usia, bangsa atau agama pun kalau diberi hadiah mesti sukakan.Seronok sangat rasa tak kisahlah walau sekecil mana pun hadiah yang kita terima tu.Macam tu jugak dengan kanak2 kalau kita letak pensel dan pemadam dalam bekas yang cantik pun dorang dah rasa seronok sangat2..

Hadiah ni tak semestinya kita bgai masa ulangktahun kelahiran seseorang tu jer.Boleh juga kita bagi untuk menghargai pasangan ke,menunjukkan rasa CINTA ke,pemberian tanda PERSAHABATAN ke dan macam2 lagi lah kan.Orang pencen dapat hadiah,tukar tempat kerja dapat hadiah,hari guru,hari jururawat,hari ibu,hari bapa,hari kanak2,hari wanita oh banyak nyer hadiah yang kita boleh bagi kalau berniat untuk memberi kan.

Kalau dulu selalu beli pakaian,handbag,kasut,barang kemas ,jam tangan dan pelbagai lagi apakata kali ni kita tukar sikit.Cuba beri yang lebih istimewa iaitu VITAMIN.Dari situ boleh nampak betapa kita sayangkan insan tersebut.Taerutama buat pasangan kita,kedua ibubapa kita,adik beradik kita atau sahabat handai kita.Yerlah kalau kita dapat apa2 berita gembira seperti kehamilan boleh la belikan vitamin ni bagi pada die.Percayalah sesiapa pun pasti teruja.

Cuba pilih antara pilihan yang ada tu mana tau kalau2 berminat boleh saya aturkan untuk anda.Mungkin anda kesuntukan masa untuk menyediakan hadiah jom saya bantu.



Buat pilihan yang mana pilihan ANDA..
Lynn Radzi
0195566558
sms/whatsapp

Repeat order....SET KURUS...

Perlu ke makan set kurus sehingga ke hujung nyawa??haa soalan agak2 la kan.hihi tak per biar saya bantu.kalau badan kita tu besar sangat2 kenalah bantuan set kurus ni tau.Bukan tak boleh kurus kalau tak makan set kurus ni cuma takut2 anda akan FRUST bila tiada perubahan.So set slimming ni snagat membantu lah tambah2 dimusim RUMAH TERBUKA macam sekarang ni kan.Setidak2 nya yang mana terlebih makan tu akan dikeluarkan balik.Yang mana berlemak tu akan "ditapis"..baru boleh maintain macam berat badan yang asal.kalau asyik makan dan makan dan makan rasa2 berat bertambah ke tidak?soalan MUDAH kan.Sama lah macam bekas kosong yang setiap hari kita isi duit syiling.Kalau cukup sebulan kita isi rasa2 termuntah tak bekas duit syiling tadi.kalau bekas tu jenis yang bergetah lama2 mesti kembang dan kembang kan...betul tak?

Tak mau la jadi kembang sampai cam gini kan..



So dapatkan lah set slimming yang betul2 selamat dan semulajadi ini untuk kesihatan yang berpanjangan.Jangan semata2 pilih yang murah seterusnya memudaratkan kesihatan anda.Kawal pemakanan dan banyakkan minum air kosong.Lakukan senaman juga kalau nak body macam zaman remaja dulu yer.Kalau berminat dengan set slimming pojaan ramai  ni boleh hubungi saya.




Lynn Radzi
0195566558
sms/whatsapp


Abang Sado Oh abang Sado...

Hahaha ramai yang cukup suka dengan gelaran abang sado kan..Baru2 ni saya ada nampak toke d'herb terlajak laris punya status kt ig dia pun die sebut pasal abang sado..."dia bukan nak jadi abang sado tapi lebih kepada nak nampak kemas dan segak bila berpakaian je"..Kira samalah tu kan.Semua nak yang gantengggg2 belaka.Kalau boleh biar nampak muscle kat lengan dengan dada tu haha.Tapi lepas jer raya ni ramai yang mula dah perrasan perut semakin buncit,berat naik mendadak pulak.Yang peha besar makin besar..hihi tak perllu tunggu orang tegur cukup dengan kta sendiri jer yang tahu perubahan diri kita bila kita pakai baju yang SELESA dah jadi SENDAT.Yang LONGGAR dan jadi SEMPIT...so perlu muhasabah diri balik.Tengok balik gambar2 zaman kurus balik.Lekat kat dinding supaya hari2 boleh terinspirasi untuk kembali ke bentuk badan yang asal.Kalau inginkan BANTUAN boleh pilih mana2 yang berkaitan seperti dibawah.

abang sado...kau hado?hihi











Lynn Radzi
0195566558
sms/whatsapp

Saya seorang SURI RUMAH

Saya yakin sangat diluar sana ramai lagi wanita yang berkeluarga yang mengimpikan untuk duduk dirumah menyediakan kelengkapan makan pakai keluarga untuk suami dan anak-anak setiap hari.Nak masak setiap hari.Nak celebrate birthday anak bersama-sama disekolah tadika mereka dan macam2 lagi.Mula-mula habis study dulu saya antara yang beria untuk apply kerja dan menjawat jawatan pegawai dengan pendapatan selesa.Hakikatnya selepas berumah tangga kos semakin tinggi ditambah pula bila semua urusan anak-anak perlu 'diswastakan' sebab kita tak mampu nak jaga anak sendiri dari pukul 7.00pagi sehingga 5.00 petang,tak mampu nak hantar anak sendiri pergi dan balik sekolah,tak mampu nak mengajar sendiri anak-anak mengaji al quran sedangkan kita sendiri pandai mengaji tapi kurang masa yang ada untuk memberi tumpuan pada anak-anak.Apatah lagi untuk beriadah setiap petang bersama mereka.Makan tengah hari semeja pun jarang-jarang sebab hari minggu juga menuntut kita untuk bekerja dan berkursus.Inilah juga yang biasa saya dengar luahan dari kawan-kawan yang sudah mula memikirkan jalan keluar untuk masalah ini.Ramai yang terlepas masa terindah ketika anak masih kecil..Mereka masih memerlukan belaian ibu mereka,masih ingin bermain dan bermesra bersama ibu mereka dan masih memerlukan belaian kasih sayang setiap kali sakit menyerang samada demam dan sebagainya.

Alhamdulillah atas kekecewaan saya dahulunya untuk bekerja kerajaan seperti yang mak saya impikan (tapi tak dapat pun huhu )kini digantikan dengan nikmat bahagianya hidup 24 jam bersama 3 orang cahaya mata dari saat mereka dilahirkan sehinggalah kini yang sulung dah mencecah usia 5 tahun.Tekad saya kali ini untuk dapatkan pendapatan minimum 5 angka setiap bulan sebelum usia Aufa (anak sulung saya) mencecah usia 7 tahun.Percaturan Allah tu cantik sangat..Dulu dia bagi kekecewaan untuk saya.Kini Dia gantikan balik saya sebagai seorang suri rumah yang bahagia dengan perniagaan secara online hanya dari rumah dengan pendapatan 4 angka sebulan.Semoga Allah tetapkan rezeki saya hanya dengan perniagaan sahaja.Tak perlu mohon cuti,tak perlu mohon surat sakit dan sebagainya.Ya allah jujur cakap setiap yang berlaku tu ada hikmahnya.Sekarang saya mendoakan seorang lagi rakan saya yang sama-sama study dengan saya dulu kini berjawatan sebagai seorang guru untuk sama-sama menjana pendapatan hanya dari rumah insyaAllah.Siapa sangka suri rumah juga mampu beli sebidang tanah secara tunai,Mampu membeli sebji rumah secara tunai dan mampu memiliki simpanan tetap setiap bulan.Semua orang pun boleh.Cuma kadang-kadang kita terlalu tersepit dengan omokan orang sekeliling seperti "tak kerja ke"..belajar tinggi-tinggi takkan duduk rumah je"..."tak dapat kerja yer"...walhal suri rumahlah pekerjaan yang paling mulia.Dan ia juga dikira sebagai "kerja" kerana kita mendidik sendiri anak kita,menjaga makan pakai keluarga kita,dan memastikan keselamatan ahli keluarga terjamin setiap hari.Bayangkan wanita yang bekerjaya diluar sana perlu menghabiskan hampir separuh dari gaji mereka untuk keperluan diri di tempat kerja sepeti baju,kasut,handbag,tudung,make up,kereta,minyak kereta,tol,duit makan ditempat kerja dan sebagainya.Jika dikira dengan kos seorang suri rumah sangatlah rendah btol tak?baju juga dibeli tapi tidaklah mengikut permintaan tempat kerja.Warna apa pun boleh,fesyen macam mana pun boleh.Suka hati hihi

Ok lah berbalik pada tajuk tadi..terus terang saya happy dengan kerjaya sekarang WORK AT HOME MOM.Walaupun kerja dari rumah tetap ada pendapatan.Tetap boleh bagi duit raya pada mak ayah,Tetap boleh berbelanja seperti wanita lain diluar sana.






Saya sedia memberi bantuan kepada yang bersungguh untuk menjadi seorang suri rumah berkerjaya seperti saya.



Lynn Radzi
0195566558
sms/whatsapp

Selamatkah air yang kita minum?



 Saya pasti semua pun tahu yang alam sekitar kita sekarang tidaklah sebersih dan sesemulajadi dahulu lagi.Banyak dah yang tercemar.tak kira samada kita berada diluar atau di dalam rumah pun.Sebagai contoh yang saya dengar baru2 ni seorang kawan cerita air paip dalam rumah yang dia baru pindah berwarna.Maksudnya air tu tidaklah sejernih air paip seperti dahulu kala.Kalau jernih pun pernah jugak keluar kelodak2 berketol2 sebesar pasir tu.Mana tak risau yer dak.Air tu dah memang menjadi KEPERLUAN harian kita.Nak minum..nak makan..nak membasuh,mencuci,mandi dan macam2 lagi lah urusan harian kita yang sangat memerlukan air.Macam rumah saya dibahagian meter luar memang husband pasang penapis paip yang besar tu untuk tapis semua air yang masuk ke dalam luar kami.kalau untuk kegunaan harian seperti air minum pulak memang saya yang sediakan air tapis.Maklum lah dalam rumah ni air kosong dalam peti ais memang wajib ada.kalau nak beli jenuh jugak lah kan.Rumah saya takder pun air yang berwarna cuma risa2 air yang masuk ke dalam rumah kita ni ada jaminan bersih tak?kita tak tahu so ada baiknya ambik langkah berjaga-jaga.

Bagi yang berhajat untuk dapatkan penapis air yang murah,mudah dan portable.Boleh diguna dimana-mana sahaja boleh dapatkan penapis air shaklee ini.

Senang sangat nak kendali penapis ni

 kalau dulu saya beli penapis air dikampung cap apa tah lupa dah..Yang tu kalau nak tukar filter mesti kena tunggu saya balik baru tukar sebab saya sorang jer yang tahu caranya...tapi yang ni tak payah dah.memang semudah A-B-C...kacanggggg sangat.Selain tu kita juga boleh bawak penapis ni untuk pergi picnic yer.Isi je dengan air paip lepas tu boleh minum terus.Dijamin bersih sebab dah diuji.Saya pun dah uji sendiri tahap alkali air ni.lagi tinggi tahap alkali sesuatu penapis tu lagi bagus.Nak cuba boleh la hubungi saya.Saya bantu untuk anda dapatkan penapis ni bagi keselesaan keluarga.


Lynn Radzi
0195566558


Rakus beli Harga PROMOSI...

Haaa hari ni hari terakhir promosi VIVIX shaklee yer.memang nampak sangat kerakusan pengguna yang dah biasa makan vivix akan borong terus sekurang2 nya 2 botol.Belian secara online akan berakhir pada pukul 12 tengah malam nanti.Bagi yang ada ibubapa atau keluarga yang ada masalah kencing manis kronik,darah tinggi,kanser dan strok digalakkan sangat untuk mencuba.Saya mula2 dulu pun tak layan jugak vivix ni sebab kos agak tinggi tapi masyaAllah memang berbaloi berbanding dengan harga rawatan dihospital bila kita jatuh sakit.Saya ingat lagi husband pernah batuk teruk 2 tahun lepas masa tu memang berabis dekat rm600 semata2 untuk batuk sahaja,Sebab die batuk berkahak dan berbunyi.Keluar masuk hospital dan beli ubat farmasi semua ada.Itu kisah kalau batuk.kalau sakit yang lain lagi lah tinggi kot.Saya jugak pernah bawak mak buat check up kesihatan di Hopital colombia Taiping..kos semua dekat rm1000 jugak lah.haaaaa terkejut tak..itu baru nak check sahaja yer.Sebab tu saya kata VIVIX ni berbaloi.Bagi yang ada masalah KANSER silalah ambil 6 botol terus sebab anda akan dapat PERCUMA 1 botol.So boleh minum setiap hari selama 7 bulan,LAMA TAK???ok la kan sebab boleh minum setiap hari.Ia akan memanjangkan sel DNA.biasanya orang yang ada penyakit sel DNA akan mengecil dan rosak.So fungsi vivix ni adalah untuk memanjangkan sel dan memperbaharui sel baru.Dalam tempoh 7 bulan rasa2 boleh tumbuh sel baru tak kalau minum setiap hari.Cuba bayangkan tahap kesihatan pesakit tu...akan bertambah baik tak?


Jangan risau..anda masih ada masa.Jika berminat boleh terus hubungi saya.Jom tengok dulu yang mana satu vivix yang saya maksudkan tadi.Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan.

vivix belian untuk 1 family







lynn radzi
0195566558

Thursday, July 30, 2015

Petua Untuk Mengurangkan Penyakit Darah Tinggi

Macam menarik juga petua dibawah ni.Memandangkan ramairakyat Malaysia yang ada masalah darah tinggi apakata cuba yang ini dulu.kalau agak2 tak ada perubahan ni saya bagi cara yang sebaiknya..scroll lagi ke bawah yer:)


Pilihan 1: Ramas asam jawa dengan segelas air panas. Kemudian campurkan 1 sudu gula merah ke dalam air asam jawa. Minum sehari sekali.
Pilihan 2: Tumbuk secekak daun bunga raya hingga lumat. Bancuh dengan segelas air. Tapis dan minum setiap hari.
Pilihan 3: Campurkan isi kelapa muda dengan air limau nipis.
Minum 2 kali sehari. Amalkan selalu.
Pilihan 4: Amalkan memakan belimbing besi setiap hari.
Pilihan 5: Minum air rebusan pokok ‘Hempedu Bumi Pokok Cerita’. Amalkan selalu.
Pilihan 6: Amalkan untuk meminum air rebusan daun Pokok ‘Ati-Ati’.
Pilihan 7: Makan biji buah Peria.
Pilihan 8: Amalkan untuk memakan pucuk Pokok Pala sebagai ulam.
Pilihan 9: Minum air rebusan pokok 'Dukung Anak'.
Pilihan 10: Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya.
Pilihan 11: Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan 2 gelas air. Biarkan hingga tinggal 1/2 gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang.
Pilihan 12: Makan 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, anda juga boleh merebusnya.
Pilihan 13: Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah 2 sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.
Pilihan 14: Ambil segenggam daun kucai dan basuh bersih.
Seterusnya, masukkan ke dalam mesin bersama dengan sedikit gula batu yang telah dihancurkan. Mesin ramuan ini sehingga lumat atau hancur (jangan campur dengan air) bagi mendapatkan patinya sahaja. Masukkan ke dalam bekas mangkuk atau cawan. Selepas itu, anda embunkan sehingga pagi.
Amalkan selama 3 hari.

Bagi yang tak rajin nak ikut step di atas boleh dapatkan supplement shaklee ni untuk kesihatan anda.Bukan dah sakit baru makan yer...sebaiknya yang tengah sihat ni lah yang kena makan untuk elak dari masalah kesihatan tadi.



Lynn Radzi
0195566558

Susu drop selepas raya...nak buat macam mana yer?

Susu kurang....

Menjelang hari raya hari tu ramai yang mengeluh susu kurang.Faktor UTAMA sebab sibuk dengan suasana raya yer dak?hihi,lupa nak pump ikut jadual seperti sediakala dan kurang minum air kosong.Ada banyak lagi faktor yang menyumbang kepada masalah susu drop sebenarnya.Kita ambik contoh yang mudah sudah la yer.Ramai yang mengeluh bila  balik kampung takder tempat nak simpan stok EBM,takder masa nak mengepam dan penat dengan musim perayaan dan suasana kunjung mengunjung semua.So bila masing2 dah balik ke rumah masing2 baru perasan stok semakin kurang..Mengais pump 30 minit untuk dapat kan 1-2 oz sahaja.Ada yang dah mula mengintai2 susu formula untuk top up bekalan di rumah baby sitter atau nursery.Kakak2 dan adik2 kesayangan sekalian.Jangan cepat mengalah..jangan terlalu risau kalau susu anda drop.Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Paling penting anda kena mulakan balik aturan pumping macam yang asal.Kalau pump 3 jam sekali buat balik 3 jam sekali.kalau setiap 3 jam buat power pumping silalah buat balik.walaupun anda terpaksa pump angin tak per buat jer sampai berhasil.Ini pengalaman saya sendiri.Teruskan gigih mengepam jangan sekali kali mengeluh.Sambil-sambil tu kena yakin susu anda banyak...susu anda cukup untuk bayi anda.Amalkan zikir ya mantin jugak yer sambil mengepam tu.Sekurang2  nya buatlah sehingga 2 minggu kemudian baru decide untuk teruskan atau cuba kaedah lain pula.Dalam hal ini supplement juga sangat membantu penghasilan susu.Saya cadangkan pengambilan set complete ibu menyusu iaitu

ESP
Vitalea
Alfalfa
Vitamin c
Omega guard
Ostematrix

dengan set complete ini insyaallah ia dapat membantu anda untuk membuat stok ebm sebanyak mungkin buat si comel.jangan culas pump lagi yer...hihi kat bawah ni saya bagi jadual untuk anda yang masih blurr tentang power pumping.Ikut jer aturan tu walaupun anda hanya PUMP ANGIN.Janji konsisten pasti akan dapat hasil nanti.Sebarang masalah boleh hubungi saya terus k.

Good Luck!




0195566558
lynn radzi


Wednesday, July 29, 2015

TIPS mudah hilangkan sakit SENGGUGUT



senggugut setiap bulan?...ada cara penyelesaiannya.


Dari zaman sekolah dulu setiap kali datang bulan rasa macam nak ponteng sekolah jer.Tiga hari pertama tu memang azab sikit la kan.Dari peha sampai ke perut rasa memulas-mulas.Tak tahu nak buat mcm mana dah.Cara paling efektif sekali masa tu sapu minyak panas ler sebab itu jer yang ada dalam rumah .Bila dah habis sekolah menengah,dah pandai sikit..beli ubat tahan sakit.. dalam peti ais memang simpan ubat tahan sakit (pain killer) warna kuning.Kalau kat Kuala kangsar dulu saya suka beli dekat Farmasi Tesa hihihi sekali beli memang 2,3 papan terus.Simpan buat stok.Biasanya saya ambil masa 2-3 hari juga untuk kembali normal dari sebarang rasa sakit senggugut tu.Ingat lagi masa tengah cuti semester dulu saya kerja sebagai cashier kat kedai dalam jusco Ipoh.Siap minta orang lain tolong gantikan kerja lah sebab nak baring golek2 tak tahan sangat dah sakitnya tuhan jer yang tahu.Tapi itu semua cerita dulu lah.Sebelum saya kenal GLA COMPLEX.Satu-satunya supplement yang pada saya WAJIB lah diambil jika dah start datang bulan.Means dari remaja lagi kita dah makan.Kekalkan kecantikan dan kesihatan kita dari remaja lagi hokey.Antara yang saya suka berkaitan GLA COMPLEX ni sebab senggugut dah takder..biasanya time period jerawat seketoi keluar kt merata celah muka kan..Haaaaa kalau nak elak jerawat parking kat muka konsisten jer la dengan gla complex ni.Lagi satu die membantu mengawal atur fungsi asal hormon kita dalam badan.Contoh macam kalau dulu period tak tetap tarikh datang tiap bulan...lepas ambil gla complex dah tau dah bila akan period pulak utk bulan berikutnya..banyak lagi lah kebaikan lain gla complex ni.nak cuba sangat-sangat lah dia alukan.Saya sedia berkhidmat untuk anda.


gla complex



Lynn Radzi
0195566558

Senang menyental....Selamat dipakai..

Dah menjadi kebiasaan suka sangat kalau toliet berkilat..lantai bersih..peti ais suci murni..dapur bersih jer walau diguna selalu dan part paling best microwave tu suka sangat kalau dapat mengilat hari2..hihi.Ada siapa2 yang ada persamaan macam ni tak?apa yang korang guna eh sebagai bahan pencuci.Terutama bila penghuni rumahnya 70% adalah kanak2 kan hihi kena cari sesuatu yang lebih selamat dan mudah.Sental sekali jer dah bersih.Letak setitik jer lepas tu boleh guna untuk 1 peti ais pun boleh.Pendek kata dialah TULANG BELAKANG yang mengilatkan setiap jeruk rumah kat dapur nun...

Jom saya perkenalkan pencuci semulajadi pertama di dunia yang selamat dan jimat.Biasanya gang rumah besau yang guna maid dan sangat mementingkan kebersihan anak cucu memang akan menggunakan produk ni untuk kebersihan rumah dorang.Tak kisah la sebab harga nya pun sangat mampu milik kan.Semua orang boelh beli.Jom tengok bawah..


Ini dia BASIC H...guna setitik je lepastu campur dengan air sikit.Boleh dah menyental sekeliling peti ais.Saya juga guna untuk lap meja makan jugak tau.Tak payah dah nak bilas2..boleh je tinggalkan bagi kering macam tu jer.LALAT pun tak berani nak singgah meja makan dah.Sesuai la kalau nak buat sapu meja kat kedai makan uol...

Kalau yang rajin mengilat bontot periuk tu pun boleh buat pencuci periuk yer.tak terhad untuk itu sahaja ada pelbagai lagi kegunaan lain.Pendek kata 1001 kegunaannya.Sebab saya juga guna untuk basuh barangan baby seperti botol dan baju.

BASIC H

-Tak bertoksin
-Tiada wap merbahaya
-Tanpa bahan kimia merbahaya
-Tiada pewangi
-Lembut ditangan
-pH seimbang
-Tiada Klorin


Yang berminat boleh terus hubungi saya
lynn radzi
0195566558

Tuesday, July 28, 2015

Raya dan Rumah Terbuka

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Dah lebih seminggu kita berhari raya hari ni baru sempat nak berblog hihi.Tahun ni raya pertama di Alor Star Kedah lepas tu baru balik kampung saya di kuala kangsar.Sempat la jugak siapkan beberapa jenis kuih raya dan kek untuk sanak saudara...Maklum la mak anak 3 sekarang ni dah tak menang tangan.Buat yang mana singkas dan mudah jer..JOm tengok apa yang sempat..

Biskut Dahlia

Biskut Dam

Kek Marble
Biskut Y

Biskut suji...choc chip dan kuih siput tak dan nak snap gambar..Jujur  cakap buat biskut ni memang  best tapi jangan tak tahu tau...bahan utama dalam biskut seperti TELUR,BUTTER dan GULA sangat2 tak dapat nak dielakkan.So kalau nak maintain jaga kesihatan yang baik silalah makan dengan berpada-pada.Sebaiknya selepas makan sebarang biskut atau juadah hari raya bekalkan sama agent yang boleh membantu kita detoks dan perangkap kolestrol dari terus melekat pada dinding sel dalam badan kita.Satu cara yang paling RINGKAS dan MURAH ambik LECITHIN dan HERBLAX.Ni adalah antara set produk terlaris dibulan Syawal ni.Maklum lah nak penuhi semua jemputan rumah terbuka setiap minggu nanti kan.Kalau tak CUBA yang ni jangan terkejut pulak nanti boleh nanti mendadak 5-6kg berat badan dalam masa yang singkat jer.ang tak kenal lagi dengan produ ni meh saa tunjukkan rupa paras dua beradik tu tadi yer...
Set bulan Syawal yang HOT

Masih ada masa....masih belum terlambat.Jika ada yang berminat boleh terus hubungi saya.


Lynn Radzi
0195566558
sms/whatsapp


Monday, July 6, 2015

PRESSURE COOKER

Assalammualaikum dan selamat petang semua

Hari ni dah masuk hari ke-19 puasa maknanya ada lagi 11 hari lagi nak raya.Wah cepat jer masa berlalu kan.Rugilah siapa yang tak menggunakan sepenuhnya waktu sebulan di bulan Ramadhan ni untuk beribadah bersungguh2.Semua amalan akan dapat pahala berlipat kali ganda dari biasa.

Ok hari ni nak share apa yang saya baru beli.Hihi sebenarnya nak beli pressure cooker AMWAY si NOXXA tu tapi memandangkan nak beli time nak mengadap raya ni macam bertingket-tingket pulak duit nak membayornyer haha.Siap dapat OFFER 4 kali bayar sebab dorang dah rangkum siap dah harga daftar sebagai ahli siap.Ingatkan tak perlu renew macam SHAKLEE so boleh la beli kan lain kali kalau nak guna pun senang sebab dah ada harga ahli hihihi tapi malangnya nak kena renew bagai pulak.Tak kuasa lah.Alih-alih kejap ni husband call tanya nak tak PRESSURE COOKER RM60 jer dia jumpa kat GIANT hahaha terus jer jawab NAKKK.kalau dah ada yang murah kenapa nak tolak yer dak.ku belum mampu nak hoorey2 joli katak beli periuk memahal sampai rm700 tau.sebab nak guna khas untuk rebus daging semata2 jer baiklah ambik hat ini.

Nak tengok tak macam mana rupa pressure cooker tu...

jeng..



jeng...



jeng..




jeng..



jeng..


jeng..





TADDAAAAA......




haaaa inilah pressure cooker RM60...ulangan RM60....RM60 sahaja hihi siapa nak pergi kaih beli kat GIANT.biasanya time nak raya macam ni memang murah sikit.kalau tak mau rm100 lebih jugak la harganya.Sebelum ni pernah dah intai2 jugak.hihi tapi masa tu tak teruja lagi nak beli.Now dah ada dalam rumah baru puas hati mak jemah hokey!!!!


Ok memandangkan hati ni teruja sangat...jom nak share 1 resepi MEE TULANG SPECIAL..serius sedap wehhhh..Cara buatnya simple ya amat.Hari ni saya share resepi dulu.nanti kalau saya masak nanti saya tunjuk la step by step dan korang boleh tengok cara yang sebetulnya k.

Resepi
MEE TULANG SPECIAL

Bahan-bahan:

Mee 1 bungkus
Tulang rusuk (paling best) 1kg
Bawang besar 5 biji
Bawang putih 5biji
Tomato 10 biji
Sos tiram 1 cawan
Sos cili 1 cawan
Sos tomato 1/2 cawan
Cili kisar 1/2 cawan

Sawi 1 ikat biasanya saya beli rm1 pun dah cukup dah.kalau suka boleh tambah daun bawang yer lagi sedap.Potong kecil sayuran ni.

Cara memasak

1.Mula-mula racik halus semua bawang tadi termasuk lah tomato tu sila potong macam potong bawang tu.
2.Kemudian panaskan minyak.Bila minyak panas masukkan bawang goreng sampai bau harum.
3Bila dah naik bau boleh masukkan cili kisar.Goreng sampai pecah minyak.
4.Lepas tu masukkan tomato tadi.Saya suka goreng tomato tadi sampai keluar air tomato...maksudnya tomato tu akan kecut.
5.Bila semua tomato dah layu boleh dah masukkan dalam periuk yang kita dah rebus daging tadi sampai empuk (part ni korang gunalah pressure cooker untuk dapat hasil daging lembut selembutnya masuk mulut tu nanti slurrrppppp sedapppp).
6.Boleh masukkan terus segala macam sos tadi. kacau rata sampai sebati.Perasakan dengan garam dan gula.ah tutup api baru letak sayur.saya suka masuk sayur lambat sikit baru rasa manis sayur tu.

CARA HIDANG

Perlu ambil perhatian part ni.ambik kuali bersih...letakkan sedikit kuah yang dah masak tu kemudian masukkan mee yang telah dibasuh dalam kuali.masak sehingga mee masak sedikit.Lebih kurang macam kita celur mee dalam kuah la.tapi AWAS kuah tu bubuh sikit jer.kalau banyak snagat nanti takut mee kembang dah ta sedap.

Lepas tu boleh dihidangkan..kalau ada cili kicap pun sodap..kuah agak cair tapi jangan risau sebab cara mee tadi dimasak akan membuatkan kuah anda menjadi sedikit pekat.

SELAMAT MENCUBA!








Saturday, July 4, 2015

Assalammualaikum..

Jangan lupa minum VIVIX setiap hari sebelum tidur k..Yang ni yang saya punya buat siap2 letak dalam peti ais.Nanti cukup masa minum jer terus sampai habis.

Ni rahsia kejelitaan dari dalam untuk kelihatan 25 tahun lebih muda dari umur anda k.kalau tak percaya kena cuba si merah aka tonik ajaib shaklee.Sedapppp



Friday, July 3, 2015

Assalammualaikum

Haaa hari ni nak bagi tips lagi.Ramai yang ada masalah macam ni kan .Jom cuba cara ni.


Wednesday, July 1, 2015

Assalammualaikum dan selamat tengah hari

Sekadar perkongsian ilmu.

1. Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan di dekati jin?
.
2. Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?
.
3. Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?
.
4. Tahukah anda bahawa buah kurma lebih menyihatkan daripada kaviar?
.
5. Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?
.
6. Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?
.
7. Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?
,
8. Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?
.
9. Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma kaya dengan kalori, menguatkannya dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?
.
10. Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?
.
Panjang-panjangkanlah agar lebih ramai yang tahu. Selamat makan kurma di bulan Ramadhan, Alhamdullilah.