Tuesday, November 24, 2015

Ibarat seperti menanam pokok

Dalam group saya ada lebih kurang 11 orang leader hebat dan juga pengedar2 yang saya kagum sangat dengan kesungguhan mereka.

Rata-rata ahli group saya adalah wanita.Dan kami mempunyai impian yang sama iaiu untuk membantu keluarga masing2.Ramai suri rumah yang kini dah mampu menjana income 4 angka sebulan.

Bagi saya shaklee ni ibarat seperti kita menanam pokok.Ianya mengambil masa untuk menyemai hasil.Samalah juga kalau kita tanam pokok durian kan.Paling kurang pun 4 tahun jugak lah baru nak merasa makan buahnya.Sebelum tu ianya perlulah dibaja,dijaga,disiram dan dibelai agar boleh membesar dengan baik.

Macam itu juga saya selalu berpesan pada diri saya sendiri.kalau nak CEPAT KAYA...ini bukan jalannya.saya perlu berusaha dari bawah.Saya perlu semai 'pokok' saya setiap hari.jaga setiap hari.Bagi baja yanng cukup agar ia akan menjadi pohon yang saya boleh berteduh suatu hari nanti.Saya hanya seorang suri rumah.Apa yang saya impikan adalah untuk membantu suami mencukupkan keperluan kami sekeluarga.Sebagai seorang anak yang mendapat pendidikan hingga menara gading pula saya cuma impikan untuk memberi wang saku yang tetap buat kedua ibubapa saya setiap bulan.Apa guna hidup tanpa MATLAMAT.Sampai masa kita akan dipanggil...saat itu rugilah sepanjang usia kita jika kita tak mampu nak bantu kedua ibubapa kita sendiri disepanjang usia kita.Ruginyalah...

Saya ciptakan group ELITE untuk keluarga shaklee saya.Saya IMPIKAN kehidupan yang MEWAH.bukan semata2 harta tapi juga JIWA YANG KAYA dengan kasih sayang,iman dan sentiasa ingin membantu mereka yang lebih memerlukan.Ya umat islam harus jadi KAYA barulah kita mampu nak bantu lebih ramai umat islam yang lain.Dapat mewakafkan harta ke jalan ALLAH dan dapat memberi pendidikan yang baik untuk anak-anak.Wang bukan segala-galanya tapi semuanya memerlukan wang.

Jom saya perkenalkan barisan leader saya sepanjang saya bershaklee.Semoga kami dapat membesarkan lagi empayar shaklee kami untuk masa akan datang.Amin



SHIMA HASSAN,PERAK,0132097336

EINA ALISHA,PERAK,0125635673

RABIATUL SALMI,KEDAH,0164418452

AFIFAH ISMAIL KEDAH,0195609718

NAZRUL IZWAN,KEDAH,0164430030

ATIKA MAHFUZAH,SELANGOR,0195741107

NURUL WAHIDA, KEDAH,0175812034

DURRA HASSAN,KEDAH,0124063553

IZZATI ABDULLAH,KEDAH,0194947713

QATRUNNADA,SELANGOR,0163119845

ASRUL,LANGKAWI,0164430040
Sesiapa yang berminat nak dapatkan produk shaklee boleh juga hubungi mereka yer.tq


Monday, November 23, 2015

Tak kenal maka tak cinta...

Dulu saya memang seorang yang sangat susahlah nak terpengaruh dengan mana-mana produk yang kawan saya jual di internet ni.Sampailah suatu hari saya alami sakit-sakit badan akibat terlalu kuat bekerja.Masa tu memang dah tak daya sangat nak bangun pagi.Badan rasa lenguh2.Bila buat kerja rasa menggigil jer lutut dan tangan nih.Punya lah tak larat.

Sebelum saya beli dengan kawan saya tu saya google dulu ubat2 unuk memberi tenaga.Masa tu tak tahu lagi yang shaklee ni bukan ubat tapi vitamin/makanan tambahan sebenarnya.yang saya jumpa rata2 suggest ESP SHAKLEE.Memang tak fikir panjang dah terus jer pm kawan saya tu untuk dapatkan produk.Total semuanya rm250.Memang plan setakat tu jer nak spend duit.Alhamdulillah kawan saya rekomen ESP,VITALEA,OSTEMATRIX DAN BCOMPLEX.Sangat berkesan untuk saya.Memang teruja sangat2.Bangun pagi tak rasa dah lesu dan letih.Sebelum tidur saya memang make sure ambil ostematrix 4 biji.Selepas sarapan ambik vitalea.Saya tak suka makan masa perut kosong sebab nanti rasa sebu.ESP saya minum setiap kali sebelum start buat kerja.Alhamdulillah selepas repeat order terus saya daftar sebagai ahli.

Sampai hari ni memang tak ragu-ragu dah nak jual shaklee sebab diri sendiri dah cuba dulu.Perlahan2 saya cuba satu persatu produk yang ada.So saya dah tahu selepas makan ni apa yg akan jadi.kalau makan yang ini pulak apa kesan yang saya akan rasa.Semuanya saya suka.kesan semulajadi...tak drastik dan tak tinggalkan kesan negatif pun.

So kalau anda merupakan salah seorang yang berjinak-jinak untuk mencuba shaklee jom hubungi saya.Jangan takut untuk mencuba.Saya jual produk yang saya sendiri makan.Alhamdulillah saya sekeluarga yakin dengan keberkesanan shaklee.



berminat hubungi saya
lynn radzi
0195566558





Sunday, November 22, 2015

TEH SEDAP





Ramai yang selalu mengeluh bila lepas makan jer mata dah mula layu,badan dah mula rasa letih.haaaaa ni ambik teh ni buat minum di ofis atau nak minum kat mana2 pun boleh sebab dia dalam scahet kecik jer senang nak bawak berjalan.Nak bancuh pun mudah.Tak payah letak gula dah.Campur air kosong lepastu dah boleh minum terus.

Ini bukan sebarang teh yer.Sekali korang minum boleh BOLAT BIJI MATA TERUS.sangat sesuai untuk sesiapa yang selalu kena stay up...macam yang selalu keje shift malam ke...student nak belajar ke...nak memandu larut malam ke..mana2 lah ikut keperluan masing2.


berminat hubungi je saya 
pengedar mesra pelanggan hihi


lynn radzi
0195566558

Bagaimana nak DAPAT TIKET PERCUMA PERCUTIAN 5 BINTANG SHAKLEE..

Ok kalau sebelum ni saya cerita tentang percutian shaklee ke ITALY sekarang kita tengok pulak apa syarat2 dan bagaimana cara kita nak dapat tiket percuma untuk PERCUTIAN TAJAAN SHAKLEE ni.

Shaklee ni die offer tiap2 tahun tau package percutian ni.Bagi kita umat islam ni kita ada 2 pilihan iaitu samada nak pilih pergi UMRAH atau ikut jer la mana2 tempat menarik lain yang shaklee nak bawa.UMRAH tu memang shaklee OFFER tiap-tiap tahun.Bagi negara mahsyur yang lain shaklee akan buat 2 tahun sekali di US.Tempat dimana product shaklee dihasilkan.Disitulah juga saintis2 dikumpul dan kajian semuanya dibuat disitu.

Ok bagi sesiapa yang dah daftar dengan shaklee sebagai ahli seumur hidup yang rm80 tu boleh la check semua syarat yang ada dalam beg memberkit tu.Bagi yang baru mengintai peluang nak PERCUTIAN PERCUMA atau nak tambah PENDAPATAN boleh tengok yer.



Ini secara ringkas saya explain supayaa korang nampak.Cuba tengok dekat bahagian POINTS EARNED tu start dengan 16 point.Kalau kita sebagai pengedar biasa yang baru daftar ahli memang takder la points tu.16 points tu adalah points untuk leader iaitu SUPERVISOR.Tapi ini baru 1 bahagian dimana point kita dikira.Ada campur2 lagi dengan jualan group kita dan lain2 lagi.Lagi besar group lagi besar lah point awak yer.Saya cuma explain secara kasar jer.

Kalau nak dapatkan percutian 5 bintang shaklee ke OVERSEA tu kena kumpul 980 point untuk seorang.Rata2 yang dah rank master coordinator memang senang kacang sangat nak dapat tiket ni sebabnya sebulan jer dah ada 286point.Itu belum campur dengan jualan kumpulan die sepanjang sebulan tu.Katalah sebulan die dapat 300 point so 4 bulan jer dah dapat 1200 point.Dah lebih dari layak dah btol tak?itu baru 1 tiket.Kita biasanya ada masa 1 tahun untuk kumpul tiket PERCUMA ni.So kalau nak dapatkan tiket yang lebih korang kiralah berapa point nak kena kumpul.Rata2 yang pergi ni paling koman pun dapat FREE 2 tiket.

Ok itu serba sedikit la yang menarik berkaitan shaklee.kalau nak dengar lagi yang lain tunggu nanti saya sambung lagi ke entry yang seterusnya k.



Lynn Radzi
0195566558

Saturday, November 21, 2015

PERCUTIAN PERCUMA

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Sehari dua ni tak tenteram duduk tengok update kawan2 yang berjaya melayakkan diri ke PERCUTIAN PERCUMA 5 BINTANG atas tajaan shaklee sepenuhnya.Tahun ni mereka dibawa TERBANG KE ITALY.seronoknya ala hai.Saya mengimpikan juga untuk bercuti seperti mereka.Bayangkan kos percutian ini hampir mencecah 20k seorang shaklee taja.Kita bukan setakat boleh dapat 1 tiket sahaja malah lebih lagi pun boleh.Usaha lah sediri yer berapa tiket nak dapat.Ada yang dapat sehingga 6 tiket.Cukup korum 1 family kan boleh bawak.Kalau kita masih bujang atau baru kawin shaklee offer tiket tu untuk kita bawa samada adik beradik,ibu apa atau ibu bapa mertua bagi yang baru kahwin lah.Bukan sembarangan orang boleh bawak.Tapi ok la unyuk orang2 tersayang yer dak.

Ini antara tempat2 menarik yang mereka akan pergi di ITALY tu..saya sempat google jer.










Sekarang gang shaklee tengah bercuti kat tempat2 di atas.Kita cuci2 mata dulu yer.lepas ni kita grab peluang ni pulak.


Yang berminat nak pergi bersama2 saya jom la hubungi saya lynn radzi 0195566558 nanti kita borak2 cara dan bagaimana step by step nak menjejakkan kaki ke sana k.


bye

Saturday, November 7, 2015

SUSU MERUDUM TERUK


Setiap ibu pasti mempunyai kisah dan dugaan tersendiri sepanjang proses penyusuan bayi.Tidak semua orang diberi rezeki yang sama untuk menyusukan bayi mereka.

Ada yang diawalnyer meriah,pertengahannya makin merudum.Ada yang diawalnya merudum,pertengahannya meriah.Macam-macam pengalaman.Bersyukur dengan rezeki yang diberi.

Apa yang saya nak kongsi ialah pengalaman meningkatkan balik susu yang merudum dengan SET MENYUSU SHAKLEE.

Saya explain satu persatu.
Paling UTAMA dalam proses ini ialah POWER PUMPING.Supplement hanya membantu sahaja.So bagi ibu-ibu diluar sana jangan pernah berhenti untuk membuat POWER PUMPING setiap 3 jam apabila susu makin merudum yer.

Proses power pumping tu macam ni..contohnya kita dah set jam 5 pagi bangun tidor basuh tangan dan start pump sebelah kiri 20 minit kemudian tukar sebelah kanan 10 minit.Buat berselang seli kiri dan kanan selama 1 jam.Setiap 1 sesi 10 minit cukup.Kalau anda menggunakan medela swing boleh buat dua2 belah 20 minit kemudian REST 10 minit.Kemudian sambung lagi kedua2 belah 10 minit sehingga selesai 1 jam.Kena buat ikut timing yang kita dah set.jangan tukar2 sekejap buat pukul 5 pagi,sekejap pukul 7pagi,sekejap start pukul 11pagi.NO..NO...NO tak boleh tau.Kita nak rangsang susu keluar ada TIME dia.So buat JADUAL dan ikut JADUAL.

Kalau start pukul 5 pagi jadual power pumping adalah 5pg-8pg-11pg-1ptg-4ptg-7ptg-10mlm-1pg dan seterusnya.set sendiri waktu untuk anda.

Berapa banyak susu yang terhasil bukan UKURAN untuk kita stop.TERUSKAN SAHAJA AKTIVITI INI SEHINGGA 2 MINGGU.

Dalam tempoh 2 minggu ini anda akan rasa LETIH,PENAT,STRESS,TAK DAPAT SOKONGAN DARI SUAMI DAN MACAM2 LAIN KEBIMBANGAN LAIN.So disinilah SUPPLEMENT SHAKLEE memainkan peranan
.
Saya selalu galakkan customer saya untuk mengambil ESP,VITALEA,ALFALFA,B COMPLEX,VITAMIN C dan OSTEMATRIX.Air kosong 3L sehari WAJIB.
Yang ini sangat membantu kita untuk BERTENAGA,HILANG SAKIT2 BADAN,RINGAN KEPALA ( sebab terlalu kerap berjaga),ELAK SUSU TERSUMBAT,dan MEMBERI RASA TENANG sepanjang proses penyusuan ini.Bila badan MENDAPAT CUKUP REHAT dan FIKIRAN RASA TENANG..insyaAllah ia sangat membantu ibu-ibu diluar sana untuk penghasilan susu MERIAH.

Anda juga akan dapati susu yang dihasilkan cukup PEKAT dan sangat membantu bayi untuk mendapat susu yang lebih mengenyangkan.

Bagi ibu yang sedang menyusukan bayi,saya tidak menggalakkan anda untuk BERDIET.sebaiknya anda boleh AMALKAN OMEGA GUARD untuk membantu MENGUMPUL LEMAK dan dibawa keluar.Selebihnya Omega guard juga mengandungi Omega 3 yang bagus untuk PERKEMBANGAN OTAK BAYI.

Makin kerap breast dikosongkan makin banyak susu yang akan dihasilkan.PELAJARI TEKNIK SUPPLY DAN DEMAND supaya anda lebih faham bagaimana cara untuk kita menggalakkan penghasilan susu.
semoga bermanfaat.

berminat dengan set menyusu SHAKLEE
whatsapp
0195566558
 
 


 
 

Thursday, November 5, 2015

YAKIN KE AIR YANG ANDA MINUM ITU BERSIH?

Apakah TINDAKAN ANDA jika anda di dalam SITUASI INI.

...
...
...
...
 
-Terpaksa beli air botol berkotak2 sebab air dirumah KOTOR,BERKARAT DAN BERBAU.
-DAH ADA PENAPIS tapi SELALU ROSAK.
-Nak pakai PENAPIS TAPI semuanya MAHAL.


Jika masalah di atas menjadi FAKTOR UTAMA anda untuk tidak mempunyai PENAPIS AIR ...jom saya tawarkan kepada anda penapis air yang lebih fleksibel,mudah dan murah.

Kualiti juga DIJAMIN setanding dengan penapis mahal.Diyakini kebersihan airnya 100%
Sesuai untuk mereka yang tinggal dibandar.


whatsapp 0195566558
HARGA JUALAN:RM460

Jom lihat testimoni pengguna water pitcher kami





Wednesday, November 4, 2015

KLORIN DALAM MINUMAN PUNCA KANSER





Kami percaya para isteri dan ibu dirumah amat prihatin tentang kesihatan keluarga mereka.
Tapi adakah anda tahu punca penyakit itu datang dari 3 sumber UTAMA iaitu:

UDARA= Pencemaran udara
AIR=pencemaran air
MAKANAN=pemakanan

Kita FOKUSKAN pada AIR yang kita minum setiap hari DIRUMAH kerana 70% daripada sel-sel dalam tubuh badann kita terdiri daripada AIR.

NASIHAT PROF DR MUHAYA kepada semua isteri dan suri rumah tentang MINUM AIR PAIP TANPA PAKAI WATER FILTER/PENAPIS AIR " bayangkanlah kalau air yang kita minum itu tidak elok,maka seluruh badan kita tidak elok"

JADI Jangan berlengah.Jom dapatkan SEGERA PENAPIS AIR DIRUMAH ANDA.Bekalkan air TAPIS setiap hari untuk keluarga.Pastikan air yang kita minum setiap hari DITAPIS.Kesihatan terjaga...

APAKAH PERSEDIAAN ANDA?
BERINGAT SEBELUM TERKENA....

Jika anda ingin memiliki PENAPIS AIR DIRUMAH..jom dapatkan sekarang.
whatsapp 0195566558
PENAPIS AIR SHAKLEE
WATER PITCHER
HARGA:RM460

Monday, November 2, 2015

Dapat buah tangan dari customer

Assalammualaikum dan selamat petang

hari ni nak share sikit jer..nak tunjuk ni hasil ber COD barang shaklee buat customer.lupa pulak nak ambik gambar masa tengah explain pada customer tadi..hihi Ini kali ke-3 dah makcik ni bagi buah tangan setiap kali saya hantar barang.Saya baru bagi sekali jer hik3..Tak per next time boleh la buat masak-maska hantar kat makcik ni.Semoga rezeki dan kesihatan makcik ni bertambah baik.




Wednesday, October 28, 2015

PENAPIS AIR PALING MURAH

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Siapa kat sini tak pernah ada satu pun penapis air?Saya dulu jakun sangat tau masa 1st time ada penapis air dalam rumah.Masa tu mak saya masuk peraduan apa tah CABUT DAN MENANG.Haaa ingat tak?tapi masa tu antara hadiahnya penapis air,pinggan mangkuk dan lain-lain lagi la.Tak ingat sangat dah.Masa tu saya masih sekolah rendah lagi rasanya.

Tapi sebenarnya tak menang mana pun.Lepas tu dia suruh kita bayar.Nak jadi  cerita mak saya dapat penapis air.Maka itulah penapis air pertama keluarga kami hihi.

Haaaa lebih kurang macam ni la penapisnya.Brand apa saya pun tak ingat dah.Tapi tak pakai lama mana pun sebab ada problem kat penapis tu lepas tu dah tak boleh nak contact balik delaer tu.Jahat sangat dorang kan.Bodoh2 kan jer orang kat kampung ni.OK ni kisah pertama.

Kisah kedua 

Sekali lagi tipah tertipu (hahahahah kebodohan diri sendiri la ni...ketuk kepala balik:) )Masa tu saya tengah study di UPM.Masa tu saya dah ada side income.So bila ada jurujual yang datang dari rumah ke rumah buat demo penapis air masa tu rasa kagum sangat.Wahhhhhhhh kecanggihan apakah ini hahaha bongoks btol masa tu.Dan terasa diri maca, banyak duit sangat saya pun offer dekat mak dengan dialog 'Ambik jer....saya bayar bulan2 sampai habis.Duit muka rm300++ kalau tak silap lepas tu bulan2 bayar rm50 ke rm100 ke tak ingat dah tapi macam tu la kosnya.Jumlah keseluruhan ialah rm2200.Haaaaa ambik kau.


Total amount tu mmg saya ingat la sampai bila-bila sebab sendiri yang bayor kennnnn.kihkihkih Lepas tiap-tiap bulan dorang akan datang collect duit.Setahun sekali dorang akan rekomen tukar penapis yang dalam tu.Tapi masa ni cuma fikir satu jer nak bagi mak minum air yang ditapis.Lebih sihat dan selamat.Lepas tu tak payah nak masak air banyak-banyak kali untuk buat air minum.Jimat dah kos duit dapur gas kan.Lepas tu kalau masak nasi ke gulai ke memang guna air tapis je lebih tahan lama nasi atau lauk tu.So selamat 2 tahun saya pun bayarlah bulan2 duit penapis ni kat company ni.

Selang beberapa tahun...masa ni dah kahwin dah.Lepas husband dapat tahu kebodohanku ini hahahaha memang kena kutuk terus kaw2 hokey.Panas telingaku rasa macam berasap rasap je.

Dia cakap saya ni suka kena tipu.Penapis cap ayam tu pun saya bole  beli dengan harga rm2200.Lagi lah berdesing telinga ni kan.Lepas tu die siap tunjuk lagi kedai supplier penapis air yang mana kita boleh je beli terus filter kat situ.Lebih murah.Bawak jer sample filter kita kesana.Kos tukar filter rm50 jer bukan rm100++ macam yang selalu bayar pada dealer tu.Memang sejak dari itu sebarang servis penapis air tu saya hentikan serta merta.Apa2 penukaran filter semuanya kitorang buat sendiri.Saya juga dah tak benarkan mak saya bagi sesiapa pun wakil jual penapis air masuk rumah.


Nak dijadikan cerita 2 tahun yang lepas kalau tak silap kebetulan masa tu saya ada di kampung.Datang la 2 orang mamat ni pakai kemas segak jer datang memberi salam.Katanya nak buat demo sikit pasal penapis air.Beli takper tak beli pun takper.Banyak nau tau cakapnyer.Aku pun relakan jerlah.Sukati korang lah.Tapi dalam hati memang dah tekat dah tak mau beli.Sampai mati pun ku takkan beli.Selepas selesai dorang pasang penapis dan bagi kitorang minum air tapis tu die pun ceritalah harga penpias pulak.Bulan ni offer katanya.Kak cuma bayar rm499 saja lepas tu yang baki tu boleh bayar bulan-bulan.Total semua rm1200 sahaja.Haaaaaa nampak macam murah sikit kan dari yang 1st saya beli tu.Tapi tungguuuu
.

.
.
.
.
.
.
.
.nanti dulu
.
.
.
.
.
.
Selepas selesai pasang saya pun dengan lembut lidah bagitau kami takder duit lagi nak beli.Kalau ada rezeki nanti kami akan contact balik.Die pun dengan muka agak frust dan senyum kambing sambil offer macam2 kelebihan penapis air ni kan terus buka balik penapis yang die pasang tadi.Yang syiok nyer die siap sebut lagi kampung sebelum saya tu dah ada orang tu orang ni booking,hari ni dah bla...bla...bla...orang order.haaaaaa sikit ku tak hairan.sebab mind set dah letak TAK NAK BELI!

Selesai jer mamat tu keluar dari pintu rumah makku...terus aku google.Haaaaaaaaaa.......


AMBIK KAU!HARGA RM499 TU ADALAH HARGA SEBENAR PENAPIS AIR TU JER.YANG BULAN2 TU ADALAH KEUNTUNGAN BELIAU SEMATA2.KALAU ORANG LAIN BOLEH JUAL RM499 DAN MASIH DAPAT UNTUNG...KORANG AGAK MAMAT TADI BERAPA UNTUNG MASUK POKET DIE?HAHAHAHAHA BTOL LA KATA PUJANGGA.DORANG NI BANYAK MENIPU JER NIH.NASIB TAU AKU TAK BELI. 

Korang ingat yer..pesan la elok-elok kat mak ayah kat kampung baik-baik.Jangan mudah terpedaya dengan penjual dari rumah ke rumah.BAHAYA.

Jom sambung sikit lagi........

Kisah ke EMPAT saya dengan PENAPIS AIR.

Kali ni saya memang JATUH CINTA terus.Takder pandang tempat lain dah.Tak terfikir pun nak beli.kebetulan jadi AHLI dapat harga ahli lebih berbaloi la kan.Penapis air saya yang ke EMPAT ialah WATER PITCHER SHAKLEE.

 







Nampak tak ianya SIMPLE,MUDAH DAN BOLEH DILETAKKAN DIMANA-MANA SAHAJA.Kenapa saya suka penapis ni.Satunya ia MUDAH.saya tak perlu pun nak pasang macam2 kat kepala paip kat sinki dapur saya.Kemudian ianya RINGAN.saya nak letak atas meja boleh,bawak pergi picnic boleh,bawak balik kampung boleh,letak dekat OFIS boleh dan kadang-kadang letak daalm peti ais sebab suami suka minum air sejuk.Kalau tetamu datang nak jamu terus atas meja makan pun boleh.Tetamu pun suka sebab airnya memang lebih sedap dari biasa.Tiada bau atau rasa paip seperti sesetengah air yang baru lepas dimasak.Dan palinng UTAMA sebab ianya juga CANTIK DAN SEDAP MATA MEMADANG.

Dengan setiap pembelian penapis air ni kita akan menerima 3 extra filter lagi tau.So boleh guna lama lah.Untuk satu filter ia disahkan dapat menuras sehingga 303L air atau 80 gelen air.

So jangan TUNGGU lagi cepat buat PILIHAN BIJAK.satu penapis ni hanya berharga

RM450 sahaja

RM450 sahaja

RM450 sahaja

Kalau anda daftar ahlli SAYA JAMIN HARGA LEBIH RENDAH DARI INI.

TIADA EXTRA CHARGE BULANAN DIKENAKAN.

So bagi seliter air hanya beberapa sen sahaja.Sangat murah dan berbalooi untuk AIR YANG LEBIH SIHAT DAN RASANYA ENAK.Jag air BERMETER AUTOMATIK ini juga adalah yang PERTAMA menunjukkan jumlah gelen air yang TELAH DITURAS.Ia juga tidak memerlukan ELEKTRIK.RINGAN DAN MUDAH dibawa.Dan yang paling penting MENJIMATKAN KOS.....tak payah dah masak air banyak-banyak untuk stok air masak dirumah.


Jika berminat boleh hubungi saya
Noorazlyn Md Radzi
0195566558
atau
Anda juga boleh membuat belian sendiri di mana-mana branch shaklee dengan membawa 
No id shaklee saya
 Noorazlyn Md Radzi 
917661

hubungi saya terus jika terdapat sebarang masalah.
tq







Tuesday, October 27, 2015

PENGALAMAN JUAL KEREPEK..

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Teringat zaman study di upm dulu masa study lagi saya dah biasa buat side income...cari duit lebih lepas tu mesti nak bantu family apa-apa yang patut la.Kebetulan masa tu ada kawan rekomen jual kerepek dan setiap bulan dapatlah duit antara rm100-rm300.Sedap sangat kerepek tu memang laris la.Pengusaha ni dari Sepang.Memang dia ada klang kerepek.Kebetulan anak die study di UPM jugak masa tu.

Setiap minggu mesti restok.Setiap hari sabtu atau ahad saya akan tunggu man (nama anak tokey kerepek yang sama-sama study di upm masa tu) depan tangga kat kolej untuk ambil stok baru.Bayangkan saya duduk di tingkat 4 dan terpaksa angkut 4x bag besar kerepk tu ulang alik naik turun tangga.Kadang-kadang ada kawan yang nampak dan dorang tolong angkatkan.Sebungkus tu besar jugak sizenya lebih kurang 300- 500gram kalau tak silap.Harga pun murah jer masa tu rm4 sebungkus.Setiap bungkus untung rm1.Rasa mewah sangat dah masa tu tau.

Macam-macam perisa ada.Yang paling saya ingat dan selalu habis kerepek ubi pedas,kerepek keladi,kerepek bawang,kerepek ubi perisa lada hitam pun sedap.Kadang-kadang kalau saya takder dibilik customer akan ambik dan tinggalkan duit atas meja.Sebab dorang dah tahu dah stok kerepek saya kt hujung katil jer.Pernah satu kali tu handphone hilang sekali dengan bekas pensil.Maybe pencuri tu letakkan phone dlm bekas pensil untuk elakkan orang nampak agaknya.Lepas tu serik dah.Siapa nak beli kerepek kena tunggu saya ada dibilik baru boleh masuk.best...best...best... pengalaman cari duit masa study di U.Korang ada cerita macam ni jugak?jom share

Macam-macam jenis kerepek

Kerepek keladi


Gambar di atas ni saya cari dekat Encik Google jer.Nak cerita lebih kurang macam ni la bentuk dan size kerepek yg saya jual.Sekarang dah lost contact dengan tokey kerepek ni.

Monday, October 26, 2015

TESTIMONI PENGGUNA ALFALFA

Assalammualaikum dan salam sejahtera.







Semalam hampir satu jam saya seronok melayan salah seorang pengguna shaklee.Dia bukanlah kastemer saya juga bukan dikalangan kawan-kawan saya.Apa yang menarik ialah makcik ni pm saya di facebook untuk bertanyakan harga ALFALFA.

Dari pengalaman makcik ni die dah makan 4 botol ALFALFA yang dibelikan oleh suaminya.Memang serasi sungguh.Badan rasa lebih ringan,setiap pagi selesa untuk 'membuang'.Tak ada lagi masalah sembelit.Dalamm masa yang sama si anak juga semakin hilang masalah resdung dengan mengamalkan ALFALFA ni.Memang dia dah jatuh cinta dengan produk ni katanya.Semua jiran tetangga yang bertanya padanya pasti die akan rekomen ALFALFA untuk lebih sihat dan ringan badan.

Haaa ini testimoni makcik berumur 53 tahun tau.masih giat aktif menjahit baju dirumah.Korang macam mana?tak nak cuba ke?saya sangat2 menggalakkann anda utuk mencuba sendiri alfalfa ni sebagai supplement permulaan.Alfalfa juga boleh membuang toksin didalam badan.So barulah mudah vitamin lain nak meresap ke dalam setuap bahagian badan kita bila semua toksin yang tidak diperlukann tu dah dibuang.

Sebarang pertanyaan berkaitan produk boleh hubungi saya

noorazlyn md radzi
0195566558



TRIP TO BANGKOK

Assalammualaikum dan salam sejahtera




Beberapa bulan ni shaklee ada keluarkan OFFER khas buat semua samada yang dah jadi ahli ataupun belum jadi ahli utuk mendapatkan trip percutian 5 bintang ke Bagkok selama 4 hari 3 malam.Semuanya ditaja.Bonus bulanan pula ialah 4 angka.
Syarat utama WAJIB jadi leader.Tak semestiya rank tiggi2 sangat.Cukup dengan Supervisor pun dah ok.

Kalau ikutkan rekod tahun lepas supervisor sahaja pun dah ada beribu orang.So memang tak susah mana pun untuk rank supervisor ni.

Minggu lepas saya ke Sungai Petani.Ada satu group bawak satu bas gang.Semuanya nak menjejakkan kaki ke Bangkok.Mana tahu kot nak rezeki yer dak?Peluang untuk semua.
Apa yang menarik bulan ini kalau korang beli barang contoh la beli vitamin E Complex lepas tu daftar ahli terus...ini yang korang akan dapat..

-Vitamin E automatik dapat lagi sebotol PERCUMA
-Shaklee tambah lagi dengan VITALEA sebotol percuma
-Dan layak untuk meletakkan nama anda sebagai salah seorang calon untuk ke Bangkok tahun hadapan.

Tarikh tutup adalah April 2016.Tapi kena start dari sekarang la.Saya juga akan bantu anda untuk melepasi syarat2 percutian ke BANGKOK ii.


Hubungi saya
trip to Bangkok
Lynn Radzi
0195566558

Friday, October 23, 2015

Cinta Sayang Sungai Petani Kedah

Assalammualaikum dan selamat pagi.

Hari ni insyaAllah kami sekeluarga akan ke Cinta Sayang Sungai Petani Kedah.Husband dah plan siap2 semalam nak bagi budak-budak ni mandi kolam sementara menunggu mama ada urusan.Tapi kena tengok keadaan cuaca jugak.Kalau jerebu masih teruk di Sungai Petani terpaksa lah kansel.Baby ammar duduk dalam dewan jer.Kakak dan abang ikut papa.

Ini adalah kelas ke-4 bulan ni alhamdulillah saya dapat join.Sebagai seorang suri rumah kadang-kadang boring jugak bila duduk rumah jer tak bergaul dengan orang yer dak.Saya memang jenis yang suka bersosial,berjumpa orang,beraktiviti dan segala macam lagi yang melibatkan ramai orang.Tapi sejak berutamhtangga kebebasan agak terbatas.Persekitaran saya memang hanya anak-anak semata-mata.So bila dapat join group ni memang la saya happy.Bermula dengan kenalan di facebook kemudian whatsapp group dan sekarang boleh dikatakan setiap negeri ada sahaja wakil group kami disana.Bila berkumpul di dalam kelas macam ni anak-anak pun seronok dan happy...siap request kalau ada program shaklee mama lagi kita nak ikut yer hihi.

Ini baby ammar.Behave sangat alhamdulillah senang kerojer hihi

Masa ni aufa belum dapat gang...duduk senyap jer sebelah mama.

Speaker pertama Presidential Master Nurlaila.Bekas seorang Engineer company tersohor di Malaysia & bergaji 9k.Tapi terpaksa meletak jawatan untuk memilih kehidupan bersama keluarga.Pernah mencapai income sehingga 200k/sebulan.Sangat humble dan seronok dengar sharing dari beliau.Banyak pengalaman yang dikongsi.

Nampak tak zara siap naik kat stage tu tapi mulut tak berbunyi so saya rasa ok kot kan hihi tak ganggu org sangat.
 Speaker kedua ni ialah Master Herny.Seorang bekas jururawat,seorang wanita yang sangat gigih untuk membesarkan satu2nya anak kesayangan beliau.Pernah berhajat untuk memohon bekerja di Mekah semata2 untuk menambah lebih pendapatan.Tapi aturan Allah itu cantik sangat rezekinya tetap di bumi Malaysia malah rezekinya lebih lagi dari apa yang dijangkakan olehnya selama ni.Pendapatan tertinggi beliau ialah 80k/sebulan.Baru berusia 33 tahun.Seronokkan melihat mereka yang dah berjaya.Dia melibatkan diri dengan bisnes shaklee ni baru nak masuk 3 tahun.Sekarang dah resign pun dan seronok dengan kehidupan sendiri yang hanya dari rumah sahaja.

Ini yang saya nak....yang saya harapkan terjadi pada diri saya juga amin insyaAllah suatu hari nanti PASTI!.Kalaulah 2 tahun lepas saya tak pernah buat sebarang perubahan dalam diri saya mesti kini saya tak akan pernah merasa pun bulanan mencecah 8k hanya sebagai seorang suri rumah sahaja.Yang saya perlukan hanyalah access internet untuk saya berkongsi ilmu dan pengalaman saya sendiri menggunkann produk shaklee ni.Modal yang lain hanyalah MASA,SEKEPING HATI YAG KETAL dan USAHA.Tiada pun air peluh yang menitik sepanjang usaha keras saya ni.Sebab itu saya memilih cara ini untuk membantu menambah pendapatan keluarga kami.



on the way ke kelas ke-2 di Penang.Semua excited!siap bawak mainan sebab nak tunjuk kat kawan2 kat sana nanti.

 Oh yer...kalau nak tahu rumah kami di Alos Star kebanyakannya dihuni oleh orang cina.Adalah 2,3 deret kawasan melayu tapi jiran saya sebelah kiri dan kanan memang cina jer so anak2 takder kawan,diorang memang main dalam kawasan rumah jer.Ada padang depan rumah cuma sesekali jer bawak main bola dan basikal diluar.Selebihnya main dalam pagar kawasan rumah.So bila sesekali jumpa orang ramai mcm ni anak2 saya memang seronok la kan..budak-budak la katakan.


Ini kedaan didalam kelas.Ada ruangan untuk kanak2 juga.Masa ni orang dah mula ramai.Kelas semakin meriah.

Kelas ke-3 di Cinta Sayang Sungai Petani.

Kenalan baru dari group PAF.kebetulan duduk bersebelahan mesra gitu hihi.

Selesai majlis sempat beramah mesra dengan Master Hj Roslan dan Master Herny.

 Master Haji Roslan ni adalah antara Master melayu terawal shaklee.Dah 25 tahun dah beliau terjebak dengan bisnes ni.Walau macam mana tergolek pun keadaan ekonomi di negara kita ni die relax jer dengan pendapatan yang stabil dari shaklee ni.Katanya sekarang kalau nak beli apa pun baik rumah,kereta atau pun tanah die lebih suka membelinya dengan cara tunai.Lebih selesa tanpa dikenakan 'bunga' oleh pihak.InsyaAllah tuan haji sedang mencari tanah yang sesuai di kedah ni untuk dijadikan pusat tahfiz.Semoga dpermudahkan amin.

seperti biasa majlis bergambar selepas selesai majlis