Friday, August 28, 2015

Artis pun makan vitamin untuk kekal cantik dan anggun.

Semua orang yang dilahirkan kedunia ni sama jer Allah dah bagi.Dari kecil kulit tu memang dah cantik dah.Lembut dan gebus jer.paling best kalau pegang kulit baby rasa lembut jer...moist sangat kulit baby kan.


best sangat cium bau baby..kulit lembut

Yanng membezakan antara kita dengan baby ialah cara kita menghadapi peningkatan usia dan proses kematangan tubuh badan kita.Semakin kita meningkat usia semakin kurang vitamin yang dihasilkan oleh badan.





Nampak tak kat atas tu semakin meningkat usia semakin kurang colagen yang dihasilkan oleh badan.So mana nak cari?kena lah support badan kita dengan memberi kolagen setiap hari.Macam tanam pokok juga kalau kita biar jer lama-lama panas terik hujan banjir semua lama-kelamaan pokok tu akan layu,kekuningan,daun berguguran dan lama-kelamaan mati.Kita tak nak lah macm tu kan.Kalau boleh nak kekal REMAJA.

Sebab tu kalau perasan artis-artis kat Malaysia ni dari zaman kita kecik sampai la kita dah kahwin dorang maintain cantik hokey.Sebab dorang rajin makan makanan tambahan seperti vitamin.Jom tengok antara artis cantik di Malaysia.







Amalan makanan seimbang seperti Vitamin C, minyak ikan dan Evening Primerose sebagai pembekal nutrisi hariannya.


Semua pun dah tahu kan...artis pun bukanlah tiba-tiba cantik tapi mereka juga makan vitamin untuk mengekalkan kecantikan yang ada.Nak buang jerawat makan vitamin E.Nak cerah makan vitamin C.Nak anjalkan kulit dan mantapkan aset kita tu makanlah Colagen.Banyak sangat kebaikan vitamin ni.Kita jer yang takut-takut nak makan.Padahal ianya baik untuk kesihatan.VITAMIN BUKAN LAH UBAT.So boleh makan setiap hari untuk tambah kekurangn nutrisi dalambadan.


ORDER SHAKLEE
0195566558
LYNN RADZI

Thursday, August 27, 2015

Cara makan vitamin/supplement..

Ramai yang keliru  cara mana paling baik untuk makan vitamin dan supplement.Yang ni mengikut cara sayalah yer.

Kalau nak makan vitamin satu PANTANG LARANG KERAS yang kita kena ikut dan jangan langgar ialah JAGAN MAKAN/MINUM VITAMIN SEKALI DENGAN AIR BERKAFEIN.


Tak kisah lah KOPI,TEH atau NESCAFFE sila elakkan atau jarakkan waktu pengambilan minuman BERKAFEIN ni semasa anda nak makan VITAMIN.Sebab UTAMA supaya penyerapan vitamin oleh badan nanti adalah ditahap optimum.Kalau minum jugak TAK BOLEH KE?jawapannya BOLEH.tapi nanti ia menghalang penyerapan vitamin awak la.So dah rugi beli vitamin sebab kesan OPTIMUM kita tak dapat.Sayang la kan.Sebaiknya jarakkan 2 jam sebelum dan selepas makan vitamin baru boleh sambung minum kopi teh bagai tadi.Bagi laluan pada vitamin tu dulu yer.


ORDER PRODUK SHAKLEE
WA lynn Radzi
0195566558


Wednesday, August 26, 2015

BOLEH KE MAKAN LAKSA SELEPAS BERPANTANG!

Bila teringat LAKSA terus buat entry baru..





Orang lepas bersalin TAK BOLEH MAKAN LAKSA...ini fakta ke auta?saya tak pasti JAWAPANNYA.tapi dari apa yang saya biasa dengar

"btul tu,org tua dlu2 mmg xbg mkn laksa kalau kita ada anak kecik sbb takut urat kembang....mak saya ckp klau ank dh setahun lbh blh la mkn....yg mn mkn ok tu mmg la xrasa skarang sakit2 badan semua tu tp nt umur 50 keats dh mcm org umur 70 dh....tp ada jgak yg dapat sakit time muda....so xsalah kita yg muda ni ikut pantang larang yg mn baik utk kesihatan kita....tp kalau dh x sayang badan makan je lah,yg nk sakit nt diri sendiri....bkn setakat urat2 ja kembang,nk yg tut tu pun mengembang sama.."



"Laksa tu,cara pembuatan dia masuk mesin n then kluar panjang2 gitu. Org tua x bg mkn sbb takut kita sakit urat. Tp mmg betul,akak x pantang aritu smpi skrg sakit urat,bdn sume. Adeh.."
 
."btul3..mak saya pun ckp mcm tu..org pompuan ni smua kna jaga..ank sorang dua okl g..mai ramai2 nnt..haa..tme tu mcm2 komplen la..skt urat la, sakit pinggang la mcm2 la ..suami apatah lg..haa kalau nk ok ikut la ckp org tua kita..tk rugi"
 
 
"Alahai.... Mmg itu pantang org utara(mil).. X leh makan laksa beras...kalo laksa tu pakai mee spageti ke. ..boleh je...sy tiga2 anak pantang laksa sampai umur diorg sethn... Baru mkn...mak sy org johor..pun x tau kena pantang mkn laksa...hihi. Kalo sayang badan.. Berpantang lg baik kan"
 
 
" Mmg skrg x rasa efeknye.. Nant bla dh umo meningkat, mcm2 penyakit dtg.. Time tu baru la nk menyesal.. Sakit urat, sakit lutut n segala bagai.. Time muda ni la kena jaga diri elok2.. Bg yg x ambil kisah, xpe la.. Sbb sakit sendiri yg tanggung"
 
 "Lbih baik mencegah dari merawat...kita org asia mmg bnyk brpantang...kita bkn org eropah...sbb tu wanita melayu skg bdn kembang2 bla umur dh 30++...nk compare wanita zaman dlu..slim2 bkbaya nyonya lg...utk ksihatan organ peranakan sgt penting...tpulang pada individu nk pcaya atau tidak,sakit msing2 diri"

"Selalunya setahun...ape2 pun try yg mana mkanan or minuman yg sesuai ngam kita..if rasa lenguh.berangin.demam.sejuk semacam sakit lutut etc baik stop dulu...di samping mkn ubatan or pil herba kasik bdn panas n buang angin..."
 
 "bole je mkn.. tp kene rajin berurut,massage,refleksologi,tangas,spa,lulur n body scrub utk lancarkan darah..tp org kite syg duit,mls pon ye..tu bdn tak thn lama"
 
 "Kalau teringin makan laksa elakkan laksa kering yang direbus tu,ada banyak kanji.Cari laksa yang dibuat sendiri/laksa beras.Kanji@tepung beras penyebab angin2 dlm badan.Kalau betul2 nak pantang bukan laksa jer..kobis/ais/timun..banyak benda2 sejuk takleh makan.Biasanya kalau terlalu berpantang ada pulak penyakit lain yang hinggap.Jadi amalkan sederhana dalam pengambilan makanan.Kalau teringin tu belasah jer..jangan sampai 5 mangkok sekali makan"
 
 
Haaa banyak dah pendapat yang saya share...Sebab saya sendiri pun bukanlah pakar bab ni.Saya pun rujuk pada mak saya juga.Cuma katanya kalau boleh elakkan.Lebih baik mencegah daripada merawat.Tapi kalau teringin sangat tunggu anak dan lepas 6 bulan tu rasalah tak per makan sikit tak salah pun.Nak makan lebih puas boleh buat sendiri.GUnalah bahan yang boleh jer untuk diri kita.Yang berangin macam bunga kantan tu tak payah la letak.Kalau laksa beras tak boleh kita tukar jer dengan laksa tepung.Kat KUALA KANGSAR laksa tepung sedap hokey hihihihi.
 
OK SELAMAT BERPANTANG MAK TANG SEKALIAN.
 
 
ORDER PRODUK SHAKLEE
WA lynn Radzi
0195566558

Tuesday, August 25, 2015

LEMAK...topik HOT!

Ini topik saya dengan husband semalam hihi.Rentetan dari lemak yang susah nak kikis lepas raya.Sebab masa puasa hari tu elok smooth jer kan turun week by week.Lepas tu sedap pulak makan macam-macam dessert masa raya dan nopen house..Lagi satu kes pavlova yang saya buat tu HABISSSS!!! sekali das jer dan teringin sangattttt nak buat lagi nak makan lagi.tapi hari tu buat untuk makan 6 orang sekarang dah tinggal saya sorang.Anak pulak takmau makan.Dorang kutip fesh fruit sahaja.Husband pulak tengah ON DIET...NO SUGAR...NO CARBO...husband tanya "nak makan ke..buat jer lah bukan gemok pun" haha ayat yang last tu buatku terkedu kejap.Sebab dia sebut "bukan gemok pun" hihi so terus pergi timbang dan sedar diri "alamak nak kena kurangkan lagi 10 kg"...berat sekarang dah statik dan main-main sekejap turun sekejap naik 1-2kg.Aper cerita?Lemak masih bersisa ni dibadan.

Dengan rasa rendah diri google balik cara terbaik turunkan berat badan dan cara makan yang betul serta kadar kuantiti yang sepatutnya.Lepas tu baru teringat belum makan alfalfa lagi terus ambik alfalfa 3 biji dan air segelas terus minum dan telan.Hilang mood nak makan pavlova tadi.Waktu malam makan pulak laksam.Sebelum tidur rasa lapar minum CINCH LATTE..oh ok jer tak rasa lapar mana pun.Tak rasa nak mentakedarah dah hahahaha.



Sebenarnya start dari bersalin hari tu berat badan saya dah lost sehingga 20kg dah.Dah capai target pertama.Means berat badan dah dapat masa lepas bersalin anak sulung dulu.So target nak kembali langsing kepada berat masa zaman study dulu ceeeeewahhh.hahaha kerana BERMIMPI ITU PERCUMA..tapi saya nak realisasikan jugak.Bukan senang tau nak lost 20kg.Alang2 kena teuskan bagi cecah lagi 10 kg.Jumlah keseluruuhan 30kg.InsyaAllah ini semua hasil gigih makan SET SLIMMING SHAKLEE yang ada dalam SET BERPATANG hari tu.

Saya dengan ammar yg berusia 4 bulan


Saya makan yang ni 3 bulan baru habis tau.JIMAT!
Doakan semoga hajat dan impian saya untuk kurangkan lagi 10 kg tercapai yer.Sebab mengikut tahap ketinggian saya sekarang saya perlu kurangkan 10 kg lagi untuk mendapatkan berat badan yang ideal.Barulah tak seram nak makan pavlova sebiji size besar pun.      



Sunday, August 23, 2015

TIPS buat PAVLOVA.

Bagi yang belum pernah buat PAVLOVA saya nak share sikit tips dan pantang larang masa buat pavlova yer.

pavlova


Ini pavlova yang saya buat semalam.Resepi boleh ikut yang dibawah ni yer  

 Untuk Pavlova Disc:
4 biji telur gred A (bahagian putih sahaja)
200gm gula castor
1/2 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka
1/2 sudu besar tepung jagung



Untuk Krim:
240ml whipping cream

Buah2 kesukaan..
(buah strawbery,anggur hitam,kiwi,peach)lagi masam sesuatu buah tu lagi bagus sebab nak matchkan dengan disc yang manis tu.Sukatan gula boleh ikut selera tekak masing2 yer.hihi

Putarkan putih telur sehingga kembang kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit kemudian masukkan tepung jagung dan esen vanila dan cuka.Bila dah soft peak iaitu adunan dah kental boleh la sapu atas patchment paper dan buat bentuk ikut kesukaan anda.bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 60 minit.

Sementara tunggu dics siap boleh la buat cream.Pastikan whipping cream dalam keadaan sejuk sebelum dipukul untuk mudahkan ia menjadi kental.Nak senang simpan dulu pemutar bowl tu dlm peti ais 10-15 minit.Dah sejuk baru guna.Pukul 240ml whipping cream sampai  ia kental.Lepas tu simpan dalam peti sejuk yer.Bila dics dah siap boleh la hias sepeti gambar di atas.

OK TIPS
1)masa buat meringue pastikan bowl anda bersih dari sebarang minyak dan hanya putih telur sahaja yang ada.Walau 1 titik kuning telur pun tak boleh ada yer PERCAYAlah nanti dics anda tak menjadi.
2)Selepas bakar jangan buka terus pintu oven.Buka sikit sahaja bagi suhu menurun secara perlahan-lahan.Kalau buka juga PERCAYALAH DICS anda akan JATUH.
Ini sahaja tips penting untuk membuat pavlova

Thursday, August 20, 2015

CARA MUDAH KEKAL REMAJA HINGGA USIA EMAS

Kalau nak cantik jangan lah tunggu dah namoak kesan cela dimuka baru na kelam kabut cari macam produk yer.Sayang sangat sebab dah SUSAH nak rawat.BOLEH! cumanya susah sikit.Saya suka cadangkan buat dari awal semetara kulit kita masih ANJAL,masih tiada JERAWAT,masih tiada masalah JERAGAT dan selagi masih MUDA kekalkan lah kecantikan tu.Memang sekarng tak nampak apa-apa perubahan lagi.Tambah yang dah makan banyak vitamin C dan E selalunya dorang akan cakap "aik tak namapak apa-apa lesan pun" tak jadi NELOPA pun.hihi jangan lah terus macam tu.Kita nak KEKALKAN kecantikan tau bukan nak berubah menjadi seorang yang lain hihi.Jujur saya katakan diusia 30an ini memang WAJIB dah makan vitamin supaya bila dah menganjak ke 40an kita tak dimamah usia dengan terlalu pantas.Biarlah usia meningkat tak apa jangan WAJAH BERUBAH DIMAMAH USIA..Jom tengok testimoni rakan-rakan saya yang kekal jelita selepas mengamalkan vitamin.

K fiza:pengguna Vitamin C
K hasimah:pengguna COLAGEN






Hanya VITAMIN sahaja cara mudah dan selamat untuk KITA KEKAL CANTIK DAN SIHAT.


berminat sila hubungi saya
0195566558
Lynn Radzi

Wednesday, August 19, 2015

Antioksida PALING MURAH

Siapa suka makan sayur angkat tangan?Tak semua orang yang kita kenal suka makan sayur.Tak semua orang juga suka makan makanan mentah seperti salad,timun,tomato,carrot dan sebagainya.Dari situlah vitamin memainkan peranan penting.kalau tak makan sayur mana nak datang antioksida yer tak?

ANTIOKSIDA ni apa?Antioksidan ni adalah vitamin, mineral, atau sejenis nutrisi yang berperanan dalam menjaga dan memperbaiki sel-sel tubuh yang rosak akibat radikal bebas.Tanpa ANTIOKSIDA badan kita akan keihatan lebih TUA berbanding usia.Cepat datan penyakit,kulit tidak anjal dan kering dan berbagai lagi kesan kekurangann lain akibat kurang antioksida.Hari ni saya nak rekomen pada yang suka CANTIK,KEKAL REMAJA perlualah makan sumber yang kaya dengan ANTIOKSIDA.





 Yang atas ni adalah beberapa jeis buah-buahan yang kaya dengan ANTIOKSIDA.Tapi kalau tak mampu nak makan buah-buahan berikut boleh guna cara mudah ni yer..shaklee menawarkan CAROTOMAX dengan kesan berbaloi untuk anda yang PENTINGKAN PENGAMBILAN ANTIOKSIDA setiap hari.Sehari cuma sebiji pasti anda KAGUM dengan perubahan diri anda.Dibawah ni contoh CAROTOMAX SHAKLEE.




Setiap remaja yang baru datang haid atau darah kotor sangat digalakkan untuk makan CAROTOMAX setiap hari.Kekalkan keremjaan anda dari sekarang.



berminat hubungi saya
lynn radzi
0195566558

Tuesday, August 18, 2015

Tips dan cara membuat URUTAN PADA BAYI

Urut bayi ni memang bagus dan sangat digalakkan untuk ibu-ibu dirumah mengurut bayi mereka sejak awal lagi.Selain rasa selesa bayi juga akan nyenyak tidur selepas diurut.Ditambah pulak dengan aroma lotion yang wangi tu memang saya pun suka tau belek2 badan baby ni masa urut tu.

Ini antara kebaikan yang kita boleh dapat selepas bayi diurut.Rugi hokey kalau tak buat sebab seorang anak itu bukan selamanya ia diperingkat bayi.Jangan biarkann masa berlalu tanpa belaian manja darimu oh ibu....muahhhhhhhh

Kebaikan urutan pada bayi,

  • Memperkuat otot dan memperlancar peredaran darah bayi
  • Bayi menjadi lebih tenang dan nyenyak tidur
  • Memperkuat perkembangan syaraf bayi
  • Meredakan rasa sakit yang ada (contoh nya : seperti ketika jatuh dari tempat tidur, dll)









Selamat Mencuba!












Monday, August 17, 2015

best ke makan Colagen?

Ok kalau nak ikut pengalaman saya sendiri la kan.Ianya bergantung kepada jenis colagen jugak la.Kalau macam sebelum ni saya pernah makan colagen yang dalam sachet.Terus telan jer.Kemudian kumur dengan air.Sedap..rasa anggur memang saya suka la sangat.Tapi ia tak memberi apa-apa kesan pun pada saya.Saya tak nampak apa-apa perubahan pun pada kulit.Seingat saya masa tu saya borong terus 3@ 5 kotak ke macam tu lah tak ingat dah sebab dah lama.Lepas dah habis kotak yang terakhir memang saya rasa ia bukanlah sesuai dengan kulit saya.

Tapi sejak saya kenal shaklee WAJIB la saya cuba colagen jugakkan.Kalau boleh semua produk pun nak try nak makan dan nak tahu kesannya.Jujur cakap saya suka borong MASA OFFER.Memang murah la berbanding harga biasa.Khas untuk yang menjadi ahli sahaja.Sebab tu saya selalu galakkan alang2 nak makan vitamin secara konsisten join la ahli terus.Sebab KEAHLIAN seumur hidup.Tak perlu nak renew apa2 pun.Siap ada CASH BACK lagi tau.Berbalik pada colagen shaklee tadi kalau saya makan waktu malam sebelum tidur..esok pagi pegang pipi mesti rasa lembut dan halus jer.saya tak pasti pada orang lain.Tapi lepas saya google dan risik kabar kawan-kawan lain yang sama-sama makan kolagen ni memang ada perubahan yang sama.Kulit cepat jer dapat rasa halus dan lembut.Digalakkan makan 3 kotak secara berterusan.Haaaa kalau nak perubahan yang setimpal kena follow lah yer.Jangan nanti baru makan 2,3 sachet dah berbunyi takder perubahan pulak.hihi

kolagen shaklee ni tekstur dia halus sangat.Selain untuk makan saya juga sangat menggalakkan anda untuk ambik sedikit untuk dibuat masker.Cepat jer permukaan kulit tu terawat dari masalah jerawat atau sebagainya.Mesti cuba tau.Serius tak menyesal.





lynn radzi
0195566558

Sunday, August 16, 2015

Resepi Lontong paling SEDAP

Lama dah tak buat lontong.Kebetulan ada kawan facebook yang post kat wall die baru lepas masak masalodeh.nampak menarik dan sedap.Kebetulan sekarang ni saya memang suka masak makanan yang yang berasaskan sayur-sayuran.Ala-ala sup gitu ada berkuah kan boleh la ratah2 tak makan nasi pun kenyang hihi.

ok jom la tengook bahan-bahan yang digunakan.
-Nasi impit (saya buat sendiri jer.Letak dalamm plastik kemudian cucuk2 dengan garpu bagi berlubang2 sikit lepas tu masuk pressure cooker 30 minit siap)

Bahan kuah
-Santan 1 biji 1/2
-Cili padi 5 biji *
-serai 2 batang*
-Bawang besar sebiji potong kasar je*
-Kacang buncis 10 pcd
-Sengkuang sebesar tapak tangan
-Carrot 2 biji saiz kecil
-Bunga kobis
-brokoli
-baby corn
-tempe (potong kecil dan goreng)
-taufu (potong dan goreng kemudian potong lagi)
-ikan bilis segengam (penambat selera.mmg tak sedap kalau tak tambah ni.Blender halus kemudian masuk je dalam kuah)
-Kaki ayam sikit.kalau takder letak jer kiub ayam
-suhun dan kucuk

Semua sayuran di atas potong ikut bentuk yang digemari.Bahan yang bertanda tu boleh ketuk2 dan tumis dulu dengan sedikit minyak.saya suka tumis dalam kuali lepas tu siram je dalam periuk.Goreng sampai naik bau kemudian terus masukkan dalam periuk yang berisi sayuran dan kuah yang bersantan tadi.Masukkan juga serbuk kunyit kalau guna kunyit hidup lagi sedap.Guna api perlahan dan apabila semua sayuran dah lembut baru masukkan bahan yang goreng tadi iaitu tempe dan taufu.Siap kuah lontong.Jom buat sambal sotong pula

Bahan
-sotong kembang 500g
-cili kisar 9saya suka kisar siap2 dan simpan dalam peti ais)
-air asam jawa

Basuh sotong sehingga betul2 bersih.kalau tak nanti bau hanyir tak best.Kemudian rebus sotong sampai lembut.Ketepikan.Ambik kuali tumiskan cili kisar sampai pecah minyak.Kemudian masukkan air asam jawa sikit.lepas tu masukkan sotong yang telah direbus tadi bersama-sama air rebusan tadi.Saya suk apasang api pelan sampai kuah sambal ni pekat.lepas tu sotong akan jadi lembut sangat.Perasakan dengan garam dan sedikit gula.nak sedap letak gula perang yer.

Rebus telur 5 biji.Siap untuk dimakan.Jom layan gambar pulak

 Ini beras yang telah dibasuh dan saya masukkan dalam plastik.Stapler kan bahagian yang tidak perlu.kena bagi dia padat baru jadi nasi impit.Kalau dah siap masak baru perasan tak padat takper ambik jer nasi impit panas2 ni tekan2 bagi die rapat2.kalau perlu stapler kan lagi bagi size tu kecil sikit.

 Ini bahan sayur-sayuran yang saya potong siap-siap.Tauhu tu untuk di goreng ye.

 inilah keadaan kuah lontong yang dah dicampurkan kesemua bahan.Cuma gaul sampai sayur-sayur tadi masak.

 tadda... dah siap nasi impit saya.Mudah sangat.Sedap pun iyer jugak

Add caption
Yang ni mangkuk pertama saya.kalau dah buat sendiri haruslah makan berulang-ulang kali kan.sila buat pulak k




Saturday, August 15, 2015

Baru bersalin tapi tak rasa PENAT & SAKIT pun.

Rata-rata isteri moden sekarang sebolehnya nak berpantang dirumah sendiri.kalau pun berpantang di kampung sebolehnya nak guna cara yang paling mudah.Macam saya dulu ada lah juga beli pilis bagai yang nak sapu di dahi tu...Sampai kesudah memang tak guna pun.Buat membazir jer sebab rimas mana nak jaga anak,mana nak jaga serbuk pilis tu jangan bertaburan di atas tilam kang berabuk habis satu tilam kan susah.So saya hanya menggunakan minyak urut sahaja untuk disapu keseluruh badan.Jangan bagi angin masuk.Kemudian ikat lah rambut tu kemas2 sampai cekang muka.memang best.Part paling penting pakai la stokin yer 44 hari.Lagi satu tak kisah lah samada bersalin normal atau czer silalah bertungku.Kalau czer biasanya bertungku di peha dan punggung sahaja.kalau yang bersalin normal tu boleh lah tekan elok2 bagi naik balik peranakkan tu.kalau buat tiap-tiap hari memang cantik jer perut tu kempis balik.Sebab lepas bertungku ikat pulak dengan barutkan.

Yang sayanak cerita ni ialah vitamin yang membantu saya sihat dari dalam.Disampaing amalan-amalan tadi saya juga makan vitamin.Memang berbeza sangat.Bila kita selesai bersalin badan memang berubah sepenuhnya.Kulit kendur dibahagian perut.Organ dalaman masih bengkak,luka bersalin masih terasa.Nak membuang pun tunggu selepas 2 minggu baru selesa.So disinilah vitamin memainkan peranannya.Dari pengalaman saya sendiri selepas makan vitamin shaklee bangun pagi tak der laloq-laloq dah walaupun kita sebenarnya tak cukup tidur.Sakit kepala memang jauh sekali nak datang menyerang.Minum ESP setiap pagi buatkan badan saya bertenaga.Senang nak uruskan baby kecil walaupun belum sampai seminggu bersalin.Zinc complex juga membantu mempercepatkan penyembuhan luka.Kalau amalkan dari masa hamil memang boleh membantu elakkan baby dari terkena jaundis selepas lahir.kalau ada pun bacaannya rendah jer.

Saya makan vitamin ni bukan setakat 44 hari berpantang jer.tapi tahan sehingga 3 bulan.So kalau ada yang nak pulihkan organ dalamannya memang sesuai lah ambik set bersalin shaklee ni.Bagi pulih betul-betul.Set ini juga tak ada masalah untuk diambil seawal sehari selepas bersalin.SELAMAT!



Kalau perlukan lebih penjelasan berkaitan vitamin ni boleh hubungi saya 0195566558

Friday, August 14, 2015

Aktiviti yang merangsang MINDA anak.

Sebenarnya lama dah saya duk intai nak buat aktiviti ni.Tapi masa aufa kecik dulu sibuk dengan pelbagai jenis buku,alat bantuan mengajar dan cd kanak-kanak.Bab aktiviti yang super penting ni langsung terlupa terus.So sekaranng ni nak merealisasi impian yang lama terpendam la kiranya hihi.Semua barang2 ni saya beli di Mr DIY jer dekat tesco stargate alor star ni.Senang,dekar dengan rumah.Dalam tu semua barang pun ada.Murah pulak tu.Memang JIMAT.Total kos hari tu adalah dalam rm30.haaaa terkejut tak...murah sangat kan.Jom tengok apa barang yang ada.

Masa mula-mula suami tanya nak beli apa...saya bagi senarai ni semua lepas tu muka die mencebik haha abaikan jer lah.Memang susah nak explain kegunaan setiap satu barang ni kan.Budak2 ni masa nak beli pun dah nampak excited sangat.Sebab dorang nampak banyaknya mama beli mainan.Selesai jer beli barang balik rumah terus buat.Hasilnya ...

Ini yang sempat dibuat untuk 2 hari ni.

1)Fur stick

Yang ni anak saya paling suka maybe sebab warna yang menarik.Lepas tu fur stick ni pulak lembut dan seronok nak cucuk-cucuk masuk falam lubang halus pada raga tu kan.Ia sebenarnya membantu anak kita untuk belajar fokus semasa mereka belajar nanti.


khusyuk sangat zara siapkan latihan ni

Tadda,....excited sangat kan muka zara tu
 2)Fur Ball

Yang ni aktiviti untuk melatih anak pegag penyepit lepas tu asingkan fur ball tu ikut warna dalam bekas yang telah disediakan.Haaaa kalau nak anak pandai menulis dengan cantik kena kerap la buat latihan ni yer.Anak-anak mesti suka.Fur ball saya tu saya beli 1 pack jer.So cepat habis dan berulang2 la dorang main.Lain kali boleh tambah lagi 2 bag k.
fur ball ni pun best.


 3)Isi air dalam botol

Dalam aktiviti ni saya suka dorang guna botol susu masing-masing.So boleh nampak muka excited nak menang.Maklum lah masing-masing kelam kabut nak isi botol dengan air bagi cepat-cepat penuh.Yang ni pun  embantu anak untuk lebih fokus.Anda boleh nampak nanti masa dorang tengah perah sponge tu dorang sangat teliti untuk memastikan air yang keluar tu masuk dengan betul ke dalam botol tu.Ia juga membantu anak-anak kita untuk memegang pensil dengan lebih baik nanti.
baru saya nampak memang betul la ia membantu pergerakan jari anak saya



ok ini sahaja dulu.InsyaAllah saya nak habiskan ke semua 16 aktiviti kanak-kanak yang merangsang minda dan motor halus mereka.Kanak-kanak riang ibu pun senang khennnnn...


lepas bagi main penat-penat macam ni jangan lupa berikan supplement seperti minyak ikan (OMEGA GUARD),vitamin C dan multivitamin untuk daya tahan badan kanak-kanak melawan penyakit.Selain itu vitamin juga membantu anak lebih daya tumpuan dalam pelajaran.

Ini set vitamin untuk kanak-kanak

Jika berminat boleh hubungi saya 0195566558