Sunday, June 21, 2015

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni dah masuk hari ke 5 puasa.tahun ni suami excited sikit nak turunkan berat badan.So dia minta saya sediakan menu diet atkins utk die sepanjang bulan puasa niNak share sikit lah berkaitan diet atkins ni.Pada pendapat saya ia diet yang anda WAJIB CUBA kalau nak kurus.Sebab anda

TAK PERLU BERLAPAR

BOLEH MAKAN BANYAKKK

MASIH BOLEH MAKAN LAUK.

korang baca kat atas tu...nampak tak betapa happy nya utk kita BERDIET bila ada 10 senarai kegembiraan di atas.hihi

Jom nak share antara hidangan yag korang boleh makan setiap hari..







 

Semua gambar yg saya share ni saya ambik dari encik google.Haaaa korang boleh makan seberapa banyak pun yg korang nak hokey.Sebab kandungan karbo dalam setiap hidangan ni adalah ZERO...

Paling penting DIET ATKINS ni adalah anda tahu berapa kandungan karbohidrat yang ada dalam menu korang tu.Untuk permulaan (induction) kita hanya boleh makan kurang dari 20g karbo sahaja.Tak boleh lebih.Minimum kena konsisten dalam tempoh 2 minggu.Ada orang boleh turun sehingga 6 kg utk tempoh 2 minggu ni.Bergantung lah pada berat badan masing2.Kalau lagi berat lagi lama lah kena berada dalam fasa pertama ni.tapi takper tak 'mati' pun hahahah sebab boleh makan sebanyak mana yang anda suka...


ok setakat ni dulu sharing pasal diet atkins.Nanti saya sambung lagi k.






Thursday, June 18, 2015

BERANGAN TAK SALAH...nak buat group mak2 di Alor Star KEDAH..

Lama dah terfikir nak buat group khas untuk warga Alor star sahaja.hihi
Bukan apa tau sebab saya ni dah menetap di Alor Star hampir 6 tahun.Dari mula2 kahwin sampai lah sekarang saya tinggal ditaman yang sama.Kiri kanan cha ya nun alip...Luar rumah anjing lalu lalang...tak berani pulak nak bawak anak2 main kat playground kan.Walaupun depan rumah saya ada padang tapi tak pernah pun bawak anak main basikal kat situ


Dulu pilih rumah kat sini sebab kawasannyer guarded..So rasa lebih selamat.Sekarang baru rasa alamak tak syioknyer takder jiran.Bila bulan puasa takder nak bertukar2 juadah berbuka.Nak bau masak2 diwaktu petang pun tak ada..hihihi alang2 nak pindah husband cakap tunggu jer la nanti pindah rumah sendiri.Sebab barang pun banyak...besawwww dan berat pulak tu.Agak susah jugak la kan..


Nantilah akan diikhtiarkan untuk buat group sesama ibu muslimah kat luar sana,buat potluck,bawak anak beraktiviti,pergi bercuti ke...wahhhh bestnya.Akan difikirkan nanti.


wassalam

Wednesday, June 17, 2015

DIET ATKINS dibulan puasa....

Assalammualaikum semua..
Selamat menjalani ibadah puasa..Macam mana dengan sahur pagi tadi?sempat ke tak?hihi ok

Tahun ni encik suami nak DIET katanya.So kita layan kan ajer lah kan.Dari bacaan saya melalui encik google DIET ATKINS adalah cara paling sesuai kot utk suami saya sebab tak terikat utk BERLAPAR...oh no mmg saya tak galakkan pun sebab nanti dia jadi HIJAUUUU habis semua orang dalam rumah kecut perut hahahahaha just kidding:)

So pagi tadi siaplah satu hidangan telur dadar untuk suami.Saya cuma buat ikut stok barang yang ada sahaja.Kebetulan ada ayam,sosej dan sayur.Sosej saya potong nipis dan goreng dengan minyak bersama black pepper.Ayam saya ambil bahagian isi sahaja dan potong kecil dan goreng jugak.Minyak kurang yer.Bila dah masak baru ambil 3 biji telur pukul dan campurkan semua sekali bahan tadi.Letak garam dan serbuk lada sulah secukup rasa.Sedia dimakan.

Ini detail barang yang saya guna
Bahan
Telur 3 biji
Isi ayam seketul (dipotong kecil)
Sosej bercheese (potong nipis)
Tomato 1/2 biji (potong dadu kecil2)
Sayur bayam (potong halus)
Garam dan lada sulah

Cara masak
Mula2 goreng dulu bahan basah tadi supaya ia masak.Saya guna olive oil sebab kebetulan ada lagi sebotol dlm rumah ni.Kemudian dah siap masak sebelahkan dalam bekas lain.Lepas dah pukul telur boleh goreng dalam pan (nampak cantik sikit...tapi kalau takder pann guna kuali pun boleh)..bila dah siram telur baru saya taburkan bahan yang saya goreng tadi supaya boleh diratakan keseluruh bahagian telur.Balikkan apabila ia bertukar warna.Aroma yang membangkit selera.Lepas ni boleh cuba lagi.

nampak menyelerakan tak???hihii siapa yang nak cuba boleh dapatkan resepi kat atas tu yer.SELAMAT BERDIET


PUASA VS BENGKUNG PREMIUM BEAUTIFUL....

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Nak share pengalaman saya masa ganti puasa hari tu.Saya memang dah beli PB ni masa bersalin anak yang sulung dulu.Tapi pakai sekejap jer.Badan makin anik dan naik sudahnya simpan bertahun dalam almari.Ni nampak ada kurang inchi sikit lepas bersalin anak ke-3 try ambik balik dan pakai.YES muat...hihi tapi saya cuma pakai bengkung jer dulu.Gurdle nanti kemudian sebab pengalaman yang lepas susah sikit nak pakai bengkung ni sebab KETAT...jenuh tarik nak bagi masuk peha hahahaha...

O sambung cerita...masa kita berpuasa bagus sangat pakai bengkung tau...sebab apa...supaya perut yang kosong tu tak masuk angin nanti tengah hari.Lagi satu bayangkan perut kita dah diketatkan ibarat macam ikat perut kemas2.Takder ruang pun untuk kita nak rasa lapar.Betol tau...Tapi nanti masa nak berbuka puasa tu biasaya saya bukalah..sebab nak minum air banyak2..Ibu menyusu kena banyakkan minum air kosong betol tak....

Bagi yang tercari2 macam mana rupa PB tu nih saya share dari encik google yer.Saya tak jual PB tapi just nak share apa yang rasa semasa menggunakan PB ni...



Selain korset macam ni kita juga digalakkan ambil vitamin untuk membantu kita sihat dan bertenaga dibulan Ramadhan ni...