Saturday, May 23, 2015

PAKAI BARUT SEMASA BERPANTANG CZER

Assalammualaikum dan salam sejahtera


Ini pengalaman dua kali  melahirkan anak secara czer.Yang 1st hari tu masa lahirkan Zara..ingatkan boleh normal macam abang dia sekali baby tak turun pulak...nak tak nak terpaksa czer.Kemudian yang terkini sebulan yang lepas iaitu 1 April 2015 masa lahirkan Ammar..Yang ni pun sama dah buat sehabis baik untuk bersalin secara normal tapi tak berjaya.Hari tu dah rasa sakit sikit2 contraction tu masa pukul 5 pagi kemudian pergi check doctor bukaan dah cecah 5cm...terus kena masuk labour room.Masa ni lah part yang paling tak best..Sakit contraction takder lah kuat sangat tapi disuruh makan juga dalam labour room tu...erkkk tak berapa nak selera la huhu sudahnya minum air suam dan makan roti coklat gardenia ajer pukul 1 ptg untuk lunch.Sampai pukul 4ptg doktor masuk check bukaan baru buka 6 cm die suruh makan.Lagi sekali tak lalu..mmg tak boleh telan kot bila nampak alat2 persediaan untuk bersalin kan last2 bersalin pukul 7 mcm tu memang tak daya dah untuk cubaan bersalin normal.Doktor pulak cakap baby tak turun2 walaupun bukaan dah habis lagi lah rasa makin down..Nak tunggu berapa lama lagi dah kan.hihi tak tahan sangat dah masa tu terus minta untuk czer.

3 hari duduk hopital macam biasalah..Lepas keluar hospital singgah rumah ambik barang kemudian terus balik perak.Pengalaman sebelum ni mas aberpantang memang saya tak pakai langsung barut konon2 sebab czer so tak boleh barut ADALAH KESILAPAN PALING BESAR tau....sebenarnya boleh je.tapi pilih la barut yang selesa tak terlalu panjang.Pakai yang ngam2 untuk ikat paras bontot jer.Bahagian jahit tu jangan diikat kuat2.Ikut sesedap rasa sudah.Rasalah best sangat.rasa kemas jer perut kita bila  bergerak.tak rasa lembik goyang-goyang macam dulu dah.Saya start pakai barut masa hari ke-14 kalau tak silap.

Sekarang dah habis pantang dah masuk hari ke 54 dah pun masih lagi berbarut..sesekali tukar pakai korset lebih selesa.Sebelum pakai korset sapu sikit losyen halia walaweh memang rasa sedap giler.

Itu bab bengkung/barut..Kalau bab makanan pulak saya suka makan ikan jer senang.tapi pilih ikan yang boleh dimakan sahaja yer.Ni senarai makanan yang boleh diambil yer.kalau ikutkan doktor yang merawat saya masa bersalin tu die bagitahu sebaiknya elakkan makan ayam utk cepatkan luka sembuh.Makan daging boleh tak ada masalah.So saya ikut jer lah.Memang pantang sungguh2 bab makan ni sebab nak bagi cepat pulih luka czer tu.Limau,cuka,makanan pedas dan segala yang dilarang semua saya elakkan.Terutamanya makan telur.Kuih kalau saya teringin sangat pun saya akan buat kuih yang kukus manis2 seperti talam tu.resepi kan boleh google jer hihi.


Jadual Makanan Yang Boleh Dimakan dan Tidak Boleh Dimakan Semasa Pantang
BOLEH
TIDAK BOLEH
AYAM & DAGING
  • Burung puyuh
  • Burung merpati
  • ayam hitam
  • ayam didik
  • ayam selasih
  • ayam kampung
  • daging batang pinang
  • Ayam biasa (takut gatal)
IKAN
Penting:
Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan
Ikan haruan menyembuhkan luka.
Ikan yu membanyakkan susu ibu
  • Ikan haruan
  • Ikan yu
  • Ikan selar
  • Ikan gelama
  • Ikan jenahak
  • Ikan merah
  • Ikan tenggiri
  • Ikan kurau
  • Ikan bawal putih
  • Ikan senangin
  • Ikan bilis
  • Ikan kering
  • Ikan masin
  • Ikan keli
  • Ikan bawal hitam
  • Ikan terubuk
  • Ikan duri
  • Ikan pari
  • Ikan sembilang
  • Ikan parang
  • ikan kembung
  • Ikan tamban
  • Ikan cencaru
  • Ikan tongkol
  • makanan laut
    • udang
    • sotong
    • kerang
ULAM ULAMAN
Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.
Jantung pisang membanyakkan susu ibu

Ulam kunyit mengembalikan kecergasan badan dan
menyembuhkan luka dalaman
  • halia
  • Serai
  • Lengkuas
  • pucukpegaga
  • pucuk mengkudu
  • pucuk ulam raja
  • lempuyang
  • jantung pisang rebus
  • daun atau ubi cekur
  • bunga kantan
  • kunyit hidup
  • daun lemuni hitam
  • daun kaduk
  • daun sekentut
  • daun kesum
  • daun cemumar
  • daun pudina
  • daun kari
  • daun bebuas
  • daun ruku
SAYUR-SAYURAN /
Penting:
Mengambil sayur-sayuran  menjalar, sejuk serta beranginboleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.
Lobak putih dan peria membanyakkan susu ibu

Peria memudahkan buang air besar, membantu membersih dan melancarkan peredaran
darah dalam tubuh.
  • Ubi kentang
  • Peria
  • Sawi
  • Lobak merah
  • Lobak putih
  • Ubi kayu
  • Kangkung
  • Petola
  • Terung
  • Cili
  • Timun
  • Tomato
  • Brokoli
  • Kubis
  • Seledri
  • Terung
  • Timun
  • sayur keladi
  • pucuk ubi
  • pucuk paku
  • bayam
  • sayur atau daun keti (bunga putih)
  • kacang panjang
  • kacang botol
  • labu
  • rebung
  • jeruk maman
  • petai
  • jering
BUAH-BUAHAN
Penting:
Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.
  • Buah anggur
  • Kurma
  • Oren
  • Epal merah
  • Strawberi
  • Peach
  • Prune
  • Kismis
  • Longan cina
  • Nenas
  • Limau
  • buah lai
  • tembikai susu
  • tembikai merah
  • tembikai cina
  • epal hijau
  • kiwi
  • buah pear
  • pisang
  • jambu
  • belimbing
  • durian belanda
  • mangga
  • betik
  • ciku
  • langsat
  • nangka
  • cempedak
  • pisang masak hijau
  • pisang nangka
  • pisang embun
  • pisang udang
  • ubi kayu
  • ubi keladi
  • sengkuang
  • manggis
  • macang
  • kuinin
  • binjai
LAIN-LAIN MAKANAN
Asam jawa membantu membuang air besar selain dari
menyegarkan tubuh badan 
  • Biskut
  • Roti
  • Nestum
  • Quaker Oat
  • Cornflakes
  • Masakan panggang
  • Masakan rebus
  • Masakan kukus
  • Masakan bakar
  • Masakan salai
  • Asam jawa
  • Asam keping
  • Tempe
  • Burger
  • Nugget
  • Sosej
  • Bihun
  • Mee
  • Kuey teow
  • Laksa
  • Telur
  • Semua jenis ubi
  • Semua jenis makanan laut
  • Masakan berminyak boleh tetapi sedikit/jarang-jarang
AIR
Penting:
Ibu-ibu tidak boleh minum minuman sejuk, tajam dan jus daripada buah-buahan yang dilarang
Air kunyit mengecutkan rahim dan mencuci darah.
Air rebusan pegaga ini membersihkan darah dalam tubuh ibu yang baru
melahirkan anak.
Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal rahim.

Air jus halia kurma boleh membuang angin dalam badan dan menambah tenaga.

Air madu memanaskan badan.
  • air suam
  • air pati kunyit
  • jus pegaga
  • air halia
  • air kopi
  • air manjakani 
  • jus halia kurma
  • air madu
  • air ais
  • air sejuk
  • air bergas
  • air tebu
  • air cincau
  • air kelapa muda
  • air jus buah-buahan yang dilarang

Ok sekian...bagi yang sedang berpantang tu sekali lagi diingatkan pantanglah sebaiknya.Elakkan minum ais nanti rahim kembang...susah nak kempis perut pulak nanti.lagi satuJangan lupa PAKAI BARUT/BENGKUNG serius sedap dan kemas jer perut awak nanti tau.Jangan ikat kuat2 sangat sudah la.OK itu sajer entry untuk kali ni.bye