Bila usia meningkat kita akan sering hadapi masalah lemah lutut ini. Sakit sendi lutut ini
berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi
haus bukan haus kerana dahaga tapi haus yang semakin nipis.
Apabila permukaan sendi haus, kadang-kadang boleh membawa sendi menjadi
bengkak dan kebas. Kita sebagai manusia selalu menggunakan lutut setiap
hari. Antara aktiviti yang melibatkan penggunaan lutut adalah:
1. Berjalan.
2. Duduk.
3. Berlari.
1) Sakit Lutut Juga Sering Serang Remaja Di Usia Muda
Penyakit sendi lutut ini bukan berlaku kepada golongan orang tua saja golongan orang muda pun sering kena masalah lutut ini.
Sekiranya seseorang itu sangat aktif bersukan, dia mungkin mengalami sakit lutut pada usia muda. Manakala bagi wanita bekerja atau suri rumah, sakit lutut biasanya menyerang ketika mereka berusia 40-an.
Tapi apa pun serangan sakit lutut ini berbeza-beza, bergantung kepada
pelbagai faktor termasuk jenis aktiviti harian, usia, pemakanan atau
gaya hidup seseorang.
2) Wanita Lebih Sering Sakit Lutut Berbanding Lelaki
Tahukah anda, golongan wanita lagi senang diserang masalah sakit lutut ini berbanding kaum lelaki. Kenapa dan apakah punca nya?
Sakit lutut lebih banyak menyerang wanita disebabkan tulang punggung
wanita lebih lebar daripada lelaki. Tulang punggung yang lebar
menyebabkan lebih tekanan pada otot peha bahagian dalam. Tekanan ini
akan memberi kesan pada bahagian tempurung lutut dan jika berlaku dalam
jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan otot-otot di sekitar lutut
membengkak.
0 comments:
Post a Comment