Monday, February 1, 2016

KOLAGEN



Kolagen ialah sejenis protein yang terdapat dengan banyaknya di dalam badan kita. Ianya boleh dianggap seperti "gam" di sendi, otot, dan tulang. Kolagen juga membolehkan kulit kita anjal dan tegang. Walaupun ia sangat banyak di dalam badan, tetapi ia juga boleh mengurang dengan pantas, selari dengan faktor usia dan alam sekitar.

7 cara Collagen Powder membantu kesihatan anda:

1- Memperbaiki rambut dan kulit

2- Memperbaiki sendi

3- Bantu kesihatan usus

4- Meningkatkan metabolisme

5- Memperbaiki kuku dan gigi

6- Membantu proses detoks

7- Mengurangkan selulit dan tanda regangan kulit

0195566558

Sunday, January 31, 2016

TIDAK CUKUP TIDUR?



Cuba tengok sini, adakah anda sebenarnya tidak cukup tidur?

1- Sentiasa lapar. Jika badan tidak dapat tenaga daripada rehat yang cukup, ia akan "minta tenaga" daripada makanan.

2- Berat badan bertambah, dan sukar untuk turun. Bila kita penat, kita tak hirau apa yang kita makan. Asalkan kenyang saja sudah cukup.

3- Tidak fikir sebelum bertindak. Bila badan letih, tidak boleh fokus, kita akan buat benda yang kita sesal kemudian seperti melepaskan marah kepada anak- anak atau pasangan.

4- Ingatan kabur dan sukar untuk mengingati kejadian yang baru berlaku. Bila kita penat, kita tidak ambil perhatian, dan tidak menyimpan memori tentang hal yang berlaku di sekeliling kita.

5- Motor skills akan terganggu. Anda mudah terjatuh, terlanggar sesuatu, dan mudah tercedera walaupun berada di dalam rumah sendiri.

Rehat dan tidur yang cukup juga sangat penting untuk kesihatan otak jangka panjang. Ia juga menyumbang kepada emosi yang stabil dan sistem pertahanan badan yang kuat.

0195566558

Saturday, January 30, 2016

PENTINGNYA CAHAYA MATAHARI UNTUK BADAN KITA


Pergi kerja waktu subuh, balik kerja dah malam.

Adakah anda di kalangan mereka yang hanya nampak matahari pada waktu lunch di pejabat atau pada hujung minggu sahaja?

Tahukah anda hampir 50% daripada populasi dunia tak cukup vitamin D?

Perhatikan samada badan anda mengalami kekurangan vitamin D seperti masalah tulang rapuh di kalangan orang dewasa dan masalah otot yang lemah, sukar untuk berdiri dan berjalan di kalangan kanak- kanak.

Dan jika anda mengambil supplement kalsium untuk tulang, pastikan ia juga mengandungi vitamin D, bagi membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang.

0195566558

Friday, January 29, 2016

STRESS MEMUDARATKAN


Kadang- kadang badan kita tidak lah sakit, tapi fikiran rasa bercelaru dan tidak bersemangat. Jika berlarutan, lama kelamaan memang pun boleh jatuh sakit.

Pengambilan vitamin b-complex harian tidak boleh dipandang ringan. Ia mampu mengawal mood, mengaktifkan minda selain memberi tenaga kepada badan secara keseluruhan.

Pastikan dalam diet harian anda, vitamin b-complex diperolehi dalam makanan whole grain, sayuran berwarna hijau tua dan dalam protein haiwan.

0195566558

Thursday, January 28, 2016

KHASIAT DARK CHOCOLATE



Apa kelebihan dark chocolate sebenarnya?

1- Sangat berkhasiat. Ia mengandungi fiber, iron, magnesium, pottasium, zinc, selenium

2- Kaya dengan anti-oksida seperti polifenol dan flavanol.

3- Memperbaiki perjalanan darah

4- Baik untuk kandungan kolestrol yang seimbang

5- Melindungi kulit daripada sinaran uv

6- Meningkatkan fungsi otak

7- Dan ianya sangat SEDAP!

Tapi ingat, hanya sedikit saja, dan kena pandai pilih yang organik, dan bukan yang tinggi kandungan gula seperti yang banyak di pasaran.

0195566558

Wednesday, January 27, 2016

SERANGAN STROK


Tanda- tanda awal serangan strok :

1- Muka, tangan, kaki menjadi kebas dan lemah. Biasanya hanya pada sebelah bahagian sahaja.

2- Berasa keliru, sukar untuk bercakap, dan memahami percakapan orang lain.

3- Badan rasa tidak seimbang.

4- Badan rasa teramat letih.

5- Sakit kepala yang teruk secara tiba- tiba.

6- Pandangan menjadi kabur.

Apabila serangan strok berlaku, bermakna setiap saat boleh menentukan tahap keseriusan. Dapatkan bantuan kecemasan secepat mungkin.

0195566558

Tuesday, January 26, 2016

HORMON TIDAK STABIL


Jika anda mengalami masalah hormon tidak stabil, pastikan anda juga membuat pemeriksaan kolestrol, dan kesihatan jantung. Ambil langkah berjaga- jaga dengan pertambahan berat badan yang mendadak, dan cari jalan untuk memperbaiki hormon dalam badan anda.

Hormon yang tidak stabil menyebabkan berat badan sukar dikawal, dan berat badan berlebihan meningkatkan risiko kolestrol dan sakit jantung. Ianya satu kitaran yang sangat berbahaya kepada kesihatan.

0195566558

Monday, January 25, 2016

NYANYUK


Risiko nyanyuk kini sudah semakin tinggi dikalangan orang dewasa yang berusia 40-an ke atas. Ia bukan lagi masalah warga emas!

Mungkin sudah sampai masanya anda beri perhatian kepada apa yang anda makan setiap hari. Kita boleh merangsang memori dengan memberi supplement yang secukupnya seperti omega-3, b complex dan lecithin. Pengambilan supplement ringkas seperti ini mungkin boleh mengelakkan anda menjadi nyanyuk sebelum waktunya.

0195566558

Sunday, January 24, 2016

BAHAYA KOLESTROL

Kolestrol pembunuh senyap, jadi langkah mudah melakukan ujian darah memang boleh menyelamatkan nyawa anda.

Dan tahukah anda anak- anak remaja juga sudah mengalami masalah kolestrol yang tinggi?

0195566558

Saturday, January 23, 2016

JAJAN @ MAKANAN RINGAN



Katakan tidak kepada JAJAN!

Memberi jajan kepada anak- anak mungkin satu tindakan yang paling tidak bertanggungjawab tetapi sangat- sangat "normal" dilakukan oleh ibubapa dan penjaga.

Atas alasan, ianya hanya sekali sekala atau ianya untuk membuat kanak- kanak gembira. Sedangkan tindakan ini boleh mengganggu banyak aktiviti harian anak- anak, terutamanya mengganggu selera makan dan mengganggu jadual makan mereka.

Langkah paling mudah yang boleh diambil oleh ibubapa ialah dengan menawarkan anak- anak, buah- buahan segar yang dipotong, kekacang, kismin, buah kurma dan pelbagai lain buah- buah kering sebagai menggantikan jajan.

0195566558

ANTIOKSIDA

Apa sebenarnya anti-oksida?

Kita seringkali melihat produk mempromosikan kelebihan sebagai "anti-oksida" tetapi adakah kita tahu maksud sebenar perkataan anti-oksida ini?

Anti- oksida merujuk kepada sifat yang menghalang atau melambatkan kerosakan sel dalam badan. Kerosakan- kerosakan ini pula disebabkan oleh radikal bebas yang terdapat di dalam persekitaran, dalam makanan, yang menyerang tubuh setiap masa.

Tanpa anti- oksida, kita tidak boleh melawan serangan- serangan ini dan tubuh akhirnya akan lemah dan sakit.

Sumber anti- oksida boleh didapati dalam makanan yang kaya dengan vitamin E, vitamin C, beta carotene dan lycopene.

0195566558

Friday, January 22, 2016

NUTRIENT UNTUK KANAK-KANAK


Usia 2-5 tahun adalah usia yang sangat penting untuk kanak- kanak mendapat nutrient yang lengkap diperlukan oleh badan. Mereka perlukan makronutrient (karbohidrat, protein, lelemak) dan lain- lain vitamin dan mineral untuk membesar.

Sekiranya anak- anak ini tidak mendapat nutrient yang lengkap, ia boleh mengganggu proses tumbesaran mereka. Nutrient diperlukan bukan sekadar untuk membesar, tetapi juga untuk sistem pertahanan tubuh yang kuat.

Cuba lihat diet anak anda hari ini, adakah memenuhi keperluan badannya?

0195566558


Thursday, January 21, 2016

LANGKAH AWAL JIKA DISAHKAN DIABETES


Anda dah dapat diabetes, dan tidak tahu apa nak dibuat seterusnya?

Menyesal atau bersedih pun tidak berguna. Cuba tengok apa yang boleh dilakukan untuk membantu diri sendiri sekiranya disahkan mengidap kencing manis.

1- Periksa plan insurans anda, adakah rawatan- rawatan berkaitan penyakit kencing manis boleh mendapat manfaat plan insurans tersebut?

2- Ambil ubat kencing manis yang diarahkan oleh doktor.

3- Buat plan makanan harian. Tulis menu setiap hari dan rekodkan apa yang anda makan. Lakukan perubahan secara perlahan- lahan dan bukan drastik.

4- Rujuk pakar pemakanan bagi membantu membuat plan makanan.

5- Mulakan aktiviti fizikal. Juga lakukan secara perlahan- lahan dan bukan drastik.

6- Sentiasa aktif dalam aktiviti harian. Contohnya guna tangga dan bukan lif atau eskalator.

7- Cari kumpulan sokongan untuk membantu menambah ilmu tentang cara mengawal kencing manis.

8- Pilih doktor dan hospital yang anda paling selesa untuk berbincang masalah kencing manis (jika memilih hospital swasta, kerana tiada pilihan doktor jika di hospital kerajaan).

9- Beli peralatan yang diperlukan untuk monitor kadar gula harian.

10- Buat pemeriksaan kesihatan yang lengkap setiap tahun.

0195566558


Wednesday, January 20, 2016

KETAGIHAN MAKANAN



6 Cara Elak Craving

Masalah makan bukan- bukan, kadang- kadang tak lapar pun nak makan, memang boleh membuatkan kita stress, apatah lagi ia menyebabkan berat badan tidak dapat dikendali dengan baik.

Cuba tengok senarai ini, dan lihat mungkin anda boleh bantu diri sendiri.

1. Tanya diri sendiri, anda lapar atau sekadar nak mengunyah?

2. Fikir apa sebenarnya tubuh anda perlukan? Saja nak mengunyah atau sebenarnya badan perlukan lebih vitamin dan mineral.

3. Tengok apa yang anda suka bila craving. Kalau manis manisan maksudnya tubuh anda tidak metabolisasi karbohidrat dengan baik.

4. Hentikan berangan- angan tentang makanan yg diidamkan.

5. Cari sesuatu yang boleh mengalih perhatian dari mengunyah - minum air, atau pergi bersenam.

6. Hentikan sebelum proses ini bermula - sediakan snek snek tinggi fiber, shake protein, kekacang berdekatan anda.

Selamat mencuba!
0195566558



Tuesday, January 19, 2016

DIET SIHAT


Diet yang penuh antioksida sebenarnya adalah diet yang kaya dengan sayuran dan buah buahan segar.

Tips untuk tambah pengambilan anti oksida harian :

1. Beri tumpuan kepada penyediaan makanan - Kulit buah jangan dibuang, Stim sayur lebih elok dari direbus, makan mentah lebih baik dari masak!

2. Makanan warna warni menandakan ia tinggi antioksida - contoh warna oren pada ikan salmon, warna merah pada buah strawberry.

3. Minuman - teh hijau, jus beri, kopi adalah contoh minuman tinggi anti oksida.

4. Tambahkan rempah dan herba dalam masakan - contoh nya kunyit.

Snek yang sihat seperti almond, kuaci bunga matahari kaya dengan Vitamin E, dark chocolate juga kaya anti oksida.

0195566558


Monday, January 18, 2016

MAKANAN BERASID


Kebanyakan makanan harian kita adalah tinggi asid dan menyebabkan ph badan menjadi tidak seimbang. Makanan segera, tinggi gula dan garam, minuman bergas adalah penyumbang kepada ketidakseimbangan ini, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit.


Sunday, January 17, 2016

ANAK CERGAS






Anak yang sihat adalah anak yang aktif setiap hari. Dan ibubapa perlu tahu cara untuk memastikan mereka kekal aktif setiap hari.

1- Tentukan waktu menonton TV atau bermain iPad/ tablet.

2- Beri tugasan fizikal di rumah seperti menyapu sambah, menyidai kain, menyusun buku dan lain- lain.

3- Ajak anak berjalan jika mahu ke tempat yang berdekatan dengan rumah, tanpa perlu menaiki kereta.

Pastikan anak- anak sihat untuk mereka kekal aktif, dan pastikan mereka aktif untuk kekal sihat.

Saturday, January 16, 2016

KESIHATAN SELULAR


 
 
 
Biasa tak baca atau dengar orang sebut tentang kesihatan selular?

Walaupun bunyi macam kompleks, tapi sebenarnya bukanlah sesuatu yang sukar difahami. Cara untuk mendapatkan kesihatan selular adalah melalui 3 langkah mudah iaitu:

PERTAMA: Pastikan keperluan nutrient harian dipenuhi dengan lengkap.

KEDUA: Pastikan nutrient yang diambil tadi boleh diserap dengan baik oleh badan. Proses detoks adalah penting dalam langkah ini.

KETIGA: Nutrient yang telah diserap menjalankan tugas utamanya ialah menghasilkan sel baru yang sihat, dan membantu memperbaiki sel yang kurang sihat.

Inilah yang dikatakan sebagai kesihatan selular!

Friday, January 15, 2016

Kita boleh mengenalpasti jika badan kita terlalu berasid (acidosis) melalui tanda- tanda berikut:




1- Gusi sensitif, merah dan berdarah
2- Sistem imun yang lemah
3- Leher tegang dan sakit
4- Batuk
5- Sesak nafas
6- Jantung berdebar
7- Obesiti
8- Diabetes
9- Jangkitan buah pinggang
10- Tulang rapuh
11- Sakit kepala
12- Letih dan kerap mengantuk
13- Alergi
14- Jerawat
15- Sering mual