Wednesday, August 12, 2015

Raya dan kenduri kendara..

Jumaat lepas kami sekeluarga bertolak ke kl untuk menghadiri jemputan kahwin sepupu belah mak.Sambil kenduri sambil beraya lah kekdahnya.Pergi 4 biji kereta dari Perak memang seronok la kan.lepas tu berkumpul pulak ramai2 kat sana.Sambil nak balik tu sempat juga singgah tempat nostalgia di UPM (cewahhhhh hihi) saja tengok tempat study dulu2..tempat Mr R datang hantar dan ambik tiap kali cuti semester.Sekarang datang bertiga bawak generasi baru pulak hihi.Tapi sayang Fakulti Pertanian dah bertukar tempat.Dah tak duduk dalam kawasan UPM dah.Kampus baru di kawasan luar.Kira tak campur dengan fakulti lain dah la.Ingatkan nak jenguk2 masuk fakulti maka tak jadi ler.Lepas dua kali pusing terus balik ke penginapan.Anak-anak dah bising tak sabar nak terjun kolam.Esoknya ada jamuan rumah terbuka dan doa selamat dirumah sepupu saya.Lepas tu kami terus pulang ke kuala kangsar.Cadangnya nak direct terus ke Alor star.Tapi semua dah layu terkulai jer.Hari pun dah lewat malam so kami balik kampung jer lah dulu.Esok paginya baru  sambung perjalanan balik Alor star Kedah.Jom kita tengok gambar sepanjang 3 hari 2 malam kami beraya.

Baru sampai kenduri.Zara makan dulu la yer..

Ammar dengan mak cho



sibuk la kan nak bergambar tempat pengantin..biasa la pompuan kih3



zara dengan ayah nyah

UPM..dalam kenangan


yang ni open house rumah cousin


sebelum bertolak ke alor star singgah SR beli kek brulee.My peberet nih

Yang ni siapa lalu kat taiping WAJIB singgah BIHUN SUP  WAKAF..terbaik!
Sekian corat coret sepanjang hari minggu yang lalu.Sambil menulis ni nampak gambar bihun sup tu terasa-rasa lagi keenakannya.Sambal paling POWER.daging pun sesedap rasa ditekak.Lembut jer hmmmm nyum nyum terliur weh.

0 comments: