Friday, December 27, 2013

TADIKA 2014....sekitar ALOR STAR KEDAH

Assalammualaikum...

Minggu depan Aufa dah nak masuk sekolah...so minggu ni barulah sibuk mama dan papa nak terjah tadika mana yang ok untuk die kan.Kalau ikutkan umur baru nak masuk 4 tahun...Tapi disebabkan aktiviti kat rumah ni die hanya tengok ultraman dan yang seangkatan semata-mata maka ada baiknya kalau die pergi sekolah.Bukan lama mana pun.Lagi pun rumah kami tak ada jiran...Yang ada pun semua cha alif nun ya...so nak bagi die biasa berkawan dekat sekolah tu.Biar pandai bersosial...Tak mau la asyik mengadap ipad 24 jam kan..

Ok antara skolah yang saya dengar-dengar bagus (cewahhhh budget nak hantar kat tempat bagus jer kan.....hihi) tak per niat nak bagi yang terbaik untuk anak....

1)SUPER KIDS
2)CHILDREN ISLAMIC CENTRE (CIC)
3)BRAINYBUNCH
4)LITTLE CALIPH

Semua senarai yang di atas tak banyak beza pun harga yurannya.Ofkos lah ini antara perkara pertama yang saya tengok...Memang seperti yang diduga rata-rata mencecah 1k...Sangat terkejut..Macam nak hantar anak masuk Universiti pulak kan...Tapi bila tanya kakak saya memang ramai yang cakap mcm tu lah harga kat mana-mana pun...So daripada berabih duit merapu ke tempat lainn ada baiknya saya bayar yurann anak ke sekolah yer dak...

Superkids saya tak simpan flyers hari tu...Tapi apa yang saya ingat Yuran semester pertama dalam RM600++..Semester yer!!! bukan setahun Means bulan 6 kena bayar lagi dalamm RM500++ mcm tu..Bulanan RM200++ ..kalau ikutkan aufa memang suka sangatlah.Sebab dalamm tu happening sangat.Mainan pun banyak..Kawan2 yang hantar anak kat situ pun cakap bagus..Anak cepat tangkap apa yang dorang ajar.Lagi satu boleh fasih berbahasa Inggeris.Tapi yang kurangnya ajaran Agama islam tiada.So kami ken acari tempat lain untuk mengaji agama semua tu.Kat rumah bukan tak boleh ajar tp tak banyak yang masuk kepalanya...hihihi main jer lebih..So hol dulu tempat ni.Kira last choice la..

2nd kat CIC..Tempat baru.Bersebelahan dengan Car Wash Restaurant tu....Kawasan luas.Dalam pun luas.Sistem yang diajar menarik...Memang saya puas hati.Walaupun bila masuk dalam kelas tengok masih kosong lagi...Tapi saya rasa ok la.Cuma yuran mahal giler..Hehe tak ada promosi pong untuk pembukaan tu.Yuran tak campur bulan pertama dah RM1100.Belum juga campur kelas mengaji agama..Hahaha macam tak beza sangat dengan superkids tadi..Bulanan kalau tak salah RM350...Hambek kau.....confirm ke boleh ajar anak saya jadi bijak entah lah...

Ini flyer yang saya bawak balik....sesiapa yang nak buat rujukan boleh lah refer kat sini...





Silalah tengok nak hantar anak sampai pukul berapa dan umur berapa yer.Sebab harga tak sama..Ikutlah pada poket masiing-masing...Asalkan baik untuk anak-anak kita...

Ok nest...brainy bunch...Yang ni pun baru buka kat Alor Star kedah ni.Dalam pun masih kosong lagi...Ruang agak kecil sedikit.Tapi bayaran yuran sama jer macam superkids dan CIC tadi..Jom tengok yuran die...


Ok yang RM1100 tu belumm termasuk bayaran lain yer.Bayaran lain tu yang dibawah tu lah....UNtuk anak saya baru 4 tahun so tak campur dengan islamic Montessori...Not bad..

Last sekali....sebelum zara mengamuk...kami sempat masuk Little Caliph..Dekat jalan pegawai.Die berada di tingkat atas deretan kedai kat situ...Mula-mula macam dah tahu mesti ala kadar jer kot...Sebab ruang terhad.Tapi bila masuk Aufa excited lah pulak.Maybe banyak barang mainan dalam tu.Lepas sembang dengan Teacher kat situ yuran semu adalam RM800 ++ dah termasuk siap dengan yuran bulan pertama iaitu RM250.Waktu sekolah dari pukul 7  sehingga 12.30 tengah hari.Tapi kelas pembeljaran yang formal start pukul 9.Digalakkan hantar awal pukul 8.Tapi kalau parents kerja nak hantar awal pukul 7 pun boleh...Ok la kot kan.Sebelum kelas bermula mereka akan diasuh untuk menunaikan solat dhuha.



Ok siapa nak hantar anak ke tadiak Little Caliph ni silalah tengok yuran di atas yer.Saya dah buat pilihan...Anda bila lagi?hihi yang penting ada asas belajar.Tak semestinya tempat mahal tu elok dan tak semestinya tempat murah tu tak bagus.Semuanya bergantung pada kita as  parents jugak lah kan..Kalau 4 jam belajar kat sekolah ok tapi kat rumah kita abaikan pembeljaran dorang tak jadi juga.Walau apa pun saya memang trkejutlah dengan yuran budak tadika ni.hihihi perlu usaha keras lagi...Sebab next time baby zara pulak..Kalau tak menabung dari sekarang bila lagi yer dak...ok sekian dulu untuk entry kali ini.

Bagi yang ingin mendapatkan supplement kesihatan buat anak2 jom dapatkan MEALSHAKE dan OMEGA GUARD dengan harga OFFER!!!!

sekian...



1 comments:

Alea Blush said...

Last sekali buat decision nk hantar mane ye?tgh dok survey2 gak tadika macam tu.