Sunday, August 16, 2015

Resepi Lontong paling SEDAP

Lama dah tak buat lontong.Kebetulan ada kawan facebook yang post kat wall die baru lepas masak masalodeh.nampak menarik dan sedap.Kebetulan sekarang ni saya memang suka masak makanan yang yang berasaskan sayur-sayuran.Ala-ala sup gitu ada berkuah kan boleh la ratah2 tak makan nasi pun kenyang hihi.

ok jom la tengook bahan-bahan yang digunakan.
-Nasi impit (saya buat sendiri jer.Letak dalamm plastik kemudian cucuk2 dengan garpu bagi berlubang2 sikit lepas tu masuk pressure cooker 30 minit siap)

Bahan kuah
-Santan 1 biji 1/2
-Cili padi 5 biji *
-serai 2 batang*
-Bawang besar sebiji potong kasar je*
-Kacang buncis 10 pcd
-Sengkuang sebesar tapak tangan
-Carrot 2 biji saiz kecil
-Bunga kobis
-brokoli
-baby corn
-tempe (potong kecil dan goreng)
-taufu (potong dan goreng kemudian potong lagi)
-ikan bilis segengam (penambat selera.mmg tak sedap kalau tak tambah ni.Blender halus kemudian masuk je dalam kuah)
-Kaki ayam sikit.kalau takder letak jer kiub ayam
-suhun dan kucuk

Semua sayuran di atas potong ikut bentuk yang digemari.Bahan yang bertanda tu boleh ketuk2 dan tumis dulu dengan sedikit minyak.saya suka tumis dalam kuali lepas tu siram je dalam periuk.Goreng sampai naik bau kemudian terus masukkan dalam periuk yang berisi sayuran dan kuah yang bersantan tadi.Masukkan juga serbuk kunyit kalau guna kunyit hidup lagi sedap.Guna api perlahan dan apabila semua sayuran dah lembut baru masukkan bahan yang goreng tadi iaitu tempe dan taufu.Siap kuah lontong.Jom buat sambal sotong pula

Bahan
-sotong kembang 500g
-cili kisar 9saya suka kisar siap2 dan simpan dalam peti ais)
-air asam jawa

Basuh sotong sehingga betul2 bersih.kalau tak nanti bau hanyir tak best.Kemudian rebus sotong sampai lembut.Ketepikan.Ambik kuali tumiskan cili kisar sampai pecah minyak.Kemudian masukkan air asam jawa sikit.lepas tu masukkan sotong yang telah direbus tadi bersama-sama air rebusan tadi.Saya suk apasang api pelan sampai kuah sambal ni pekat.lepas tu sotong akan jadi lembut sangat.Perasakan dengan garam dan sedikit gula.nak sedap letak gula perang yer.

Rebus telur 5 biji.Siap untuk dimakan.Jom layan gambar pulak

 Ini beras yang telah dibasuh dan saya masukkan dalam plastik.Stapler kan bahagian yang tidak perlu.kena bagi dia padat baru jadi nasi impit.Kalau dah siap masak baru perasan tak padat takper ambik jer nasi impit panas2 ni tekan2 bagi die rapat2.kalau perlu stapler kan lagi bagi size tu kecil sikit.

 Ini bahan sayur-sayuran yang saya potong siap-siap.Tauhu tu untuk di goreng ye.

 inilah keadaan kuah lontong yang dah dicampurkan kesemua bahan.Cuma gaul sampai sayur-sayur tadi masak.

 tadda... dah siap nasi impit saya.Mudah sangat.Sedap pun iyer jugak

Add caption
Yang ni mangkuk pertama saya.kalau dah buat sendiri haruslah makan berulang-ulang kali kan.sila buat pulak k




0 comments: