Thursday, January 21, 2016

LANGKAH AWAL JIKA DISAHKAN DIABETES


Anda dah dapat diabetes, dan tidak tahu apa nak dibuat seterusnya?

Menyesal atau bersedih pun tidak berguna. Cuba tengok apa yang boleh dilakukan untuk membantu diri sendiri sekiranya disahkan mengidap kencing manis.

1- Periksa plan insurans anda, adakah rawatan- rawatan berkaitan penyakit kencing manis boleh mendapat manfaat plan insurans tersebut?

2- Ambil ubat kencing manis yang diarahkan oleh doktor.

3- Buat plan makanan harian. Tulis menu setiap hari dan rekodkan apa yang anda makan. Lakukan perubahan secara perlahan- lahan dan bukan drastik.

4- Rujuk pakar pemakanan bagi membantu membuat plan makanan.

5- Mulakan aktiviti fizikal. Juga lakukan secara perlahan- lahan dan bukan drastik.

6- Sentiasa aktif dalam aktiviti harian. Contohnya guna tangga dan bukan lif atau eskalator.

7- Cari kumpulan sokongan untuk membantu menambah ilmu tentang cara mengawal kencing manis.

8- Pilih doktor dan hospital yang anda paling selesa untuk berbincang masalah kencing manis (jika memilih hospital swasta, kerana tiada pilihan doktor jika di hospital kerajaan).

9- Beli peralatan yang diperlukan untuk monitor kadar gula harian.

10- Buat pemeriksaan kesihatan yang lengkap setiap tahun.

0195566558


0 comments: