Friday, July 31, 2015

Saya seorang SURI RUMAH

Saya yakin sangat diluar sana ramai lagi wanita yang berkeluarga yang mengimpikan untuk duduk dirumah menyediakan kelengkapan makan pakai keluarga untuk suami dan anak-anak setiap hari.Nak masak setiap hari.Nak celebrate birthday anak bersama-sama disekolah tadika mereka dan macam2 lagi.Mula-mula habis study dulu saya antara yang beria untuk apply kerja dan menjawat jawatan pegawai dengan pendapatan selesa.Hakikatnya selepas berumah tangga kos semakin tinggi ditambah pula bila semua urusan anak-anak perlu 'diswastakan' sebab kita tak mampu nak jaga anak sendiri dari pukul 7.00pagi sehingga 5.00 petang,tak mampu nak hantar anak sendiri pergi dan balik sekolah,tak mampu nak mengajar sendiri anak-anak mengaji al quran sedangkan kita sendiri pandai mengaji tapi kurang masa yang ada untuk memberi tumpuan pada anak-anak.Apatah lagi untuk beriadah setiap petang bersama mereka.Makan tengah hari semeja pun jarang-jarang sebab hari minggu juga menuntut kita untuk bekerja dan berkursus.Inilah juga yang biasa saya dengar luahan dari kawan-kawan yang sudah mula memikirkan jalan keluar untuk masalah ini.Ramai yang terlepas masa terindah ketika anak masih kecil..Mereka masih memerlukan belaian ibu mereka,masih ingin bermain dan bermesra bersama ibu mereka dan masih memerlukan belaian kasih sayang setiap kali sakit menyerang samada demam dan sebagainya.

Alhamdulillah atas kekecewaan saya dahulunya untuk bekerja kerajaan seperti yang mak saya impikan (tapi tak dapat pun huhu )kini digantikan dengan nikmat bahagianya hidup 24 jam bersama 3 orang cahaya mata dari saat mereka dilahirkan sehinggalah kini yang sulung dah mencecah usia 5 tahun.Tekad saya kali ini untuk dapatkan pendapatan minimum 5 angka setiap bulan sebelum usia Aufa (anak sulung saya) mencecah usia 7 tahun.Percaturan Allah tu cantik sangat..Dulu dia bagi kekecewaan untuk saya.Kini Dia gantikan balik saya sebagai seorang suri rumah yang bahagia dengan perniagaan secara online hanya dari rumah dengan pendapatan 4 angka sebulan.Semoga Allah tetapkan rezeki saya hanya dengan perniagaan sahaja.Tak perlu mohon cuti,tak perlu mohon surat sakit dan sebagainya.Ya allah jujur cakap setiap yang berlaku tu ada hikmahnya.Sekarang saya mendoakan seorang lagi rakan saya yang sama-sama study dengan saya dulu kini berjawatan sebagai seorang guru untuk sama-sama menjana pendapatan hanya dari rumah insyaAllah.Siapa sangka suri rumah juga mampu beli sebidang tanah secara tunai,Mampu membeli sebji rumah secara tunai dan mampu memiliki simpanan tetap setiap bulan.Semua orang pun boleh.Cuma kadang-kadang kita terlalu tersepit dengan omokan orang sekeliling seperti "tak kerja ke"..belajar tinggi-tinggi takkan duduk rumah je"..."tak dapat kerja yer"...walhal suri rumahlah pekerjaan yang paling mulia.Dan ia juga dikira sebagai "kerja" kerana kita mendidik sendiri anak kita,menjaga makan pakai keluarga kita,dan memastikan keselamatan ahli keluarga terjamin setiap hari.Bayangkan wanita yang bekerjaya diluar sana perlu menghabiskan hampir separuh dari gaji mereka untuk keperluan diri di tempat kerja sepeti baju,kasut,handbag,tudung,make up,kereta,minyak kereta,tol,duit makan ditempat kerja dan sebagainya.Jika dikira dengan kos seorang suri rumah sangatlah rendah btol tak?baju juga dibeli tapi tidaklah mengikut permintaan tempat kerja.Warna apa pun boleh,fesyen macam mana pun boleh.Suka hati hihi

Ok lah berbalik pada tajuk tadi..terus terang saya happy dengan kerjaya sekarang WORK AT HOME MOM.Walaupun kerja dari rumah tetap ada pendapatan.Tetap boleh bagi duit raya pada mak ayah,Tetap boleh berbelanja seperti wanita lain diluar sana.






Saya sedia memberi bantuan kepada yang bersungguh untuk menjadi seorang suri rumah berkerjaya seperti saya.



Lynn Radzi
0195566558
sms/whatsapp

0 comments: