Monday, July 6, 2015

PRESSURE COOKER

Assalammualaikum dan selamat petang semua

Hari ni dah masuk hari ke-19 puasa maknanya ada lagi 11 hari lagi nak raya.Wah cepat jer masa berlalu kan.Rugilah siapa yang tak menggunakan sepenuhnya waktu sebulan di bulan Ramadhan ni untuk beribadah bersungguh2.Semua amalan akan dapat pahala berlipat kali ganda dari biasa.

Ok hari ni nak share apa yang saya baru beli.Hihi sebenarnya nak beli pressure cooker AMWAY si NOXXA tu tapi memandangkan nak beli time nak mengadap raya ni macam bertingket-tingket pulak duit nak membayornyer haha.Siap dapat OFFER 4 kali bayar sebab dorang dah rangkum siap dah harga daftar sebagai ahli siap.Ingatkan tak perlu renew macam SHAKLEE so boleh la beli kan lain kali kalau nak guna pun senang sebab dah ada harga ahli hihihi tapi malangnya nak kena renew bagai pulak.Tak kuasa lah.Alih-alih kejap ni husband call tanya nak tak PRESSURE COOKER RM60 jer dia jumpa kat GIANT hahaha terus jer jawab NAKKK.kalau dah ada yang murah kenapa nak tolak yer dak.ku belum mampu nak hoorey2 joli katak beli periuk memahal sampai rm700 tau.sebab nak guna khas untuk rebus daging semata2 jer baiklah ambik hat ini.

Nak tengok tak macam mana rupa pressure cooker tu...

jeng..



jeng...



jeng..




jeng..



jeng..


jeng..





TADDAAAAA......




haaaa inilah pressure cooker RM60...ulangan RM60....RM60 sahaja hihi siapa nak pergi kaih beli kat GIANT.biasanya time nak raya macam ni memang murah sikit.kalau tak mau rm100 lebih jugak la harganya.Sebelum ni pernah dah intai2 jugak.hihi tapi masa tu tak teruja lagi nak beli.Now dah ada dalam rumah baru puas hati mak jemah hokey!!!!


Ok memandangkan hati ni teruja sangat...jom nak share 1 resepi MEE TULANG SPECIAL..serius sedap wehhhh..Cara buatnya simple ya amat.Hari ni saya share resepi dulu.nanti kalau saya masak nanti saya tunjuk la step by step dan korang boleh tengok cara yang sebetulnya k.

Resepi
MEE TULANG SPECIAL

Bahan-bahan:

Mee 1 bungkus
Tulang rusuk (paling best) 1kg
Bawang besar 5 biji
Bawang putih 5biji
Tomato 10 biji
Sos tiram 1 cawan
Sos cili 1 cawan
Sos tomato 1/2 cawan
Cili kisar 1/2 cawan

Sawi 1 ikat biasanya saya beli rm1 pun dah cukup dah.kalau suka boleh tambah daun bawang yer lagi sedap.Potong kecil sayuran ni.

Cara memasak

1.Mula-mula racik halus semua bawang tadi termasuk lah tomato tu sila potong macam potong bawang tu.
2.Kemudian panaskan minyak.Bila minyak panas masukkan bawang goreng sampai bau harum.
3Bila dah naik bau boleh masukkan cili kisar.Goreng sampai pecah minyak.
4.Lepas tu masukkan tomato tadi.Saya suka goreng tomato tadi sampai keluar air tomato...maksudnya tomato tu akan kecut.
5.Bila semua tomato dah layu boleh dah masukkan dalam periuk yang kita dah rebus daging tadi sampai empuk (part ni korang gunalah pressure cooker untuk dapat hasil daging lembut selembutnya masuk mulut tu nanti slurrrppppp sedapppp).
6.Boleh masukkan terus segala macam sos tadi. kacau rata sampai sebati.Perasakan dengan garam dan gula.ah tutup api baru letak sayur.saya suka masuk sayur lambat sikit baru rasa manis sayur tu.

CARA HIDANG

Perlu ambil perhatian part ni.ambik kuali bersih...letakkan sedikit kuah yang dah masak tu kemudian masukkan mee yang telah dibasuh dalam kuali.masak sehingga mee masak sedikit.Lebih kurang macam kita celur mee dalam kuah la.tapi AWAS kuah tu bubuh sikit jer.kalau banyak snagat nanti takut mee kembang dah ta sedap.

Lepas tu boleh dihidangkan..kalau ada cili kicap pun sodap..kuah agak cair tapi jangan risau sebab cara mee tadi dimasak akan membuatkan kuah anda menjadi sedikit pekat.

SELAMAT MENCUBA!








0 comments: