Friday, October 23, 2015

Cinta Sayang Sungai Petani Kedah

Assalammualaikum dan selamat pagi.

Hari ni insyaAllah kami sekeluarga akan ke Cinta Sayang Sungai Petani Kedah.Husband dah plan siap2 semalam nak bagi budak-budak ni mandi kolam sementara menunggu mama ada urusan.Tapi kena tengok keadaan cuaca jugak.Kalau jerebu masih teruk di Sungai Petani terpaksa lah kansel.Baby ammar duduk dalam dewan jer.Kakak dan abang ikut papa.

Ini adalah kelas ke-4 bulan ni alhamdulillah saya dapat join.Sebagai seorang suri rumah kadang-kadang boring jugak bila duduk rumah jer tak bergaul dengan orang yer dak.Saya memang jenis yang suka bersosial,berjumpa orang,beraktiviti dan segala macam lagi yang melibatkan ramai orang.Tapi sejak berutamhtangga kebebasan agak terbatas.Persekitaran saya memang hanya anak-anak semata-mata.So bila dapat join group ni memang la saya happy.Bermula dengan kenalan di facebook kemudian whatsapp group dan sekarang boleh dikatakan setiap negeri ada sahaja wakil group kami disana.Bila berkumpul di dalam kelas macam ni anak-anak pun seronok dan happy...siap request kalau ada program shaklee mama lagi kita nak ikut yer hihi.

Ini baby ammar.Behave sangat alhamdulillah senang kerojer hihi

Masa ni aufa belum dapat gang...duduk senyap jer sebelah mama.

Speaker pertama Presidential Master Nurlaila.Bekas seorang Engineer company tersohor di Malaysia & bergaji 9k.Tapi terpaksa meletak jawatan untuk memilih kehidupan bersama keluarga.Pernah mencapai income sehingga 200k/sebulan.Sangat humble dan seronok dengar sharing dari beliau.Banyak pengalaman yang dikongsi.

Nampak tak zara siap naik kat stage tu tapi mulut tak berbunyi so saya rasa ok kot kan hihi tak ganggu org sangat.
 Speaker kedua ni ialah Master Herny.Seorang bekas jururawat,seorang wanita yang sangat gigih untuk membesarkan satu2nya anak kesayangan beliau.Pernah berhajat untuk memohon bekerja di Mekah semata2 untuk menambah lebih pendapatan.Tapi aturan Allah itu cantik sangat rezekinya tetap di bumi Malaysia malah rezekinya lebih lagi dari apa yang dijangkakan olehnya selama ni.Pendapatan tertinggi beliau ialah 80k/sebulan.Baru berusia 33 tahun.Seronokkan melihat mereka yang dah berjaya.Dia melibatkan diri dengan bisnes shaklee ni baru nak masuk 3 tahun.Sekarang dah resign pun dan seronok dengan kehidupan sendiri yang hanya dari rumah sahaja.

Ini yang saya nak....yang saya harapkan terjadi pada diri saya juga amin insyaAllah suatu hari nanti PASTI!.Kalaulah 2 tahun lepas saya tak pernah buat sebarang perubahan dalam diri saya mesti kini saya tak akan pernah merasa pun bulanan mencecah 8k hanya sebagai seorang suri rumah sahaja.Yang saya perlukan hanyalah access internet untuk saya berkongsi ilmu dan pengalaman saya sendiri menggunkann produk shaklee ni.Modal yang lain hanyalah MASA,SEKEPING HATI YAG KETAL dan USAHA.Tiada pun air peluh yang menitik sepanjang usaha keras saya ni.Sebab itu saya memilih cara ini untuk membantu menambah pendapatan keluarga kami.



on the way ke kelas ke-2 di Penang.Semua excited!siap bawak mainan sebab nak tunjuk kat kawan2 kat sana nanti.

 Oh yer...kalau nak tahu rumah kami di Alos Star kebanyakannya dihuni oleh orang cina.Adalah 2,3 deret kawasan melayu tapi jiran saya sebelah kiri dan kanan memang cina jer so anak2 takder kawan,diorang memang main dalam kawasan rumah jer.Ada padang depan rumah cuma sesekali jer bawak main bola dan basikal diluar.Selebihnya main dalam pagar kawasan rumah.So bila sesekali jumpa orang ramai mcm ni anak2 saya memang seronok la kan..budak-budak la katakan.


Ini kedaan didalam kelas.Ada ruangan untuk kanak2 juga.Masa ni orang dah mula ramai.Kelas semakin meriah.

Kelas ke-3 di Cinta Sayang Sungai Petani.

Kenalan baru dari group PAF.kebetulan duduk bersebelahan mesra gitu hihi.

Selesai majlis sempat beramah mesra dengan Master Hj Roslan dan Master Herny.

 Master Haji Roslan ni adalah antara Master melayu terawal shaklee.Dah 25 tahun dah beliau terjebak dengan bisnes ni.Walau macam mana tergolek pun keadaan ekonomi di negara kita ni die relax jer dengan pendapatan yang stabil dari shaklee ni.Katanya sekarang kalau nak beli apa pun baik rumah,kereta atau pun tanah die lebih suka membelinya dengan cara tunai.Lebih selesa tanpa dikenakan 'bunga' oleh pihak.InsyaAllah tuan haji sedang mencari tanah yang sesuai di kedah ni untuk dijadikan pusat tahfiz.Semoga dpermudahkan amin.

seperti biasa majlis bergambar selepas selesai majlis


0 comments: