Wednesday, June 17, 2015

DIET ATKINS dibulan puasa....

Assalammualaikum semua..
Selamat menjalani ibadah puasa..Macam mana dengan sahur pagi tadi?sempat ke tak?hihi ok

Tahun ni encik suami nak DIET katanya.So kita layan kan ajer lah kan.Dari bacaan saya melalui encik google DIET ATKINS adalah cara paling sesuai kot utk suami saya sebab tak terikat utk BERLAPAR...oh no mmg saya tak galakkan pun sebab nanti dia jadi HIJAUUUU habis semua orang dalam rumah kecut perut hahahahaha just kidding:)

So pagi tadi siaplah satu hidangan telur dadar untuk suami.Saya cuma buat ikut stok barang yang ada sahaja.Kebetulan ada ayam,sosej dan sayur.Sosej saya potong nipis dan goreng dengan minyak bersama black pepper.Ayam saya ambil bahagian isi sahaja dan potong kecil dan goreng jugak.Minyak kurang yer.Bila dah masak baru ambil 3 biji telur pukul dan campurkan semua sekali bahan tadi.Letak garam dan serbuk lada sulah secukup rasa.Sedia dimakan.

Ini detail barang yang saya guna
Bahan
Telur 3 biji
Isi ayam seketul (dipotong kecil)
Sosej bercheese (potong nipis)
Tomato 1/2 biji (potong dadu kecil2)
Sayur bayam (potong halus)
Garam dan lada sulah

Cara masak
Mula2 goreng dulu bahan basah tadi supaya ia masak.Saya guna olive oil sebab kebetulan ada lagi sebotol dlm rumah ni.Kemudian dah siap masak sebelahkan dalam bekas lain.Lepas dah pukul telur boleh goreng dalam pan (nampak cantik sikit...tapi kalau takder pann guna kuali pun boleh)..bila dah siram telur baru saya taburkan bahan yang saya goreng tadi supaya boleh diratakan keseluruh bahagian telur.Balikkan apabila ia bertukar warna.Aroma yang membangkit selera.Lepas ni boleh cuba lagi.

nampak menyelerakan tak???hihii siapa yang nak cuba boleh dapatkan resepi kat atas tu yer.SELAMAT BERDIET


0 comments: