Wednesday, August 28, 2013

Tips penghasilan susu badan.

Ketika seseorang ibu mengandung,penghasilan susu byk bergantung kpd hormon.Keadaan ini dipanggil Endocrine Control Sytem.Ini bermakna apabila hormon-hormon berkaitan dgn penghasilan susu berada pd tahap normal,ibu akan mula menghasilkan kolostrum apabila kandungannya mencecah 16 hingga 22minggu dan akan semakin bertambah slps 30 hingga 40jam slps bersalin.Selepas 30 hingga 40 jam bersalin penghasilan susu dikawal oleh autocrine (local) control system.

Oleh,itu makin kerap bayi menyusu ataupun anda mengosongkan payudara,lbh byk susu akan dihasilkan dgn lbh pantas.Adalah penting utk setiap ibu memahami konsep diatas krn ia mbolehkan kita memahami bagaimana utk mengawal susu.Ringkasnya jika ingin menambahkan penghasilan susu,kita harus memastikan payudara dikosongkan dgn lebih kerap sepanjang hari dgn melakukan panduan berikut:

Kerap menyusukan bayi atau mengepam diantara waktu menyusu Pastikan payudara dikosongkan sebaik mungkin pd setiap waktu penyusuan atau mengepam.Ini dapat dipastikan dgn melakukan perkara yg berikut: Periksa lekapan dan kedudukan bayi agar menghisap dgn betul Berikan kedua-dua belah payudara pd setiap sesi penyusuan.Biarkan dia puas menyusu disebelah payudara sblm menawarkannya disebelah lagi Gunakan teknik breast massage dan breast compression Pam payudara setiap kali slps menyusu jika merasa payudara penuh.Jika payudara berasa agak lembut slps bayi menyusu maka anda harus mengepam diantara waktu menyusu.
 
Seperti yang umum sedia maklum, payu dara perlu mendapat lebih banyak rangsangan daripada bayi bagi meningkatkan penghasilan susu. Selanjutnya, anda perlu melakukan beberapa perkara penting lain dalam usaha membuahkan hasil seperti yang diimpikan.


1. Kerapkan Menyusu
Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4 - 5 jam.


2. Jangan tunggu payu dara penuh
Ada sesetengah wanita suka menjadikan payu dara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah! Yakinlah bahawa payu dara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bererti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payu dara “kosong”), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.


3. Menyusu Lebih Lama
Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payu dara. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payu dara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payu dara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.


4. Penyusuan Dua kali
Selepas anda menyusukan bayi, sendawakan dia. Langkah ini menjurus ruang di dalam perutnya untuk memuatkan lebih banyak susu. Kemudian, susukan dia semula. Cara ini turut merangsang payu dara untuk menghasilkan lebih banyak susu.


5. Bogelkan Bayi
Sewaktu menyusu, bogelkan bayi (kecuali lampinnya). Sentuhan kulit ke kulit membantu bayi kekal sedar daripada lena. Untuk memaksimumkan sentuhan kulit, buka coli dan pakai baju yang mempunyai butang di bahagian depan. Bagi mengelakkan bayi kesejukan pula, selimutkan dia ketika menyusu.


6. Penyusuan Malam
Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.


7. Penyusuan Baby Sling
Bayi memang suka jika berada dekat dengan anda. Secara tidak langsung, ia boleh merangsang dia untuk kerap menyusu. Jadi, gunakan baby sling di antara waktu penyusuan walaupun ketika itu dia sedang tidur. Pasti anda terkejut apabila mendapati dengan cara ini dia menyusu dengan lebih baik.


8. Fikir Bayi, Fikir Susu
Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payu dara anda. Cara ini, akan merangsang payu dara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.


9. Urutan
Teknik urutan payu dara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payu dara dengan tuala yang telah direndam di dalam sir suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeedingproblems.com


10. Minum Air
Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.

sources: Majalah Pa & Ma, Julai 2011



Sekiranya anda ingin mendapatkan supplement untuk membantu penghasilan susu yang lebih meriah boleh cuba supplement dari shaklee ini.

SET B 


Vitalea (multivitamin)  B-complex  Vitamin C  Alfalfa complex

-Set B terdiri daripada VitaLea (iaitu multivitamin yang lengkap dengan zat besi) ; vitamin C ; B Complex dan ALFALFA.
-Set ini disyorkan buat ibu-ibu yang TIDAK MEMPUNYAI MASALAH PENYUSUAN
-Tujuan utama pengambilan set ini adalah bagi MEMPERKAYA NUTRISI dalam susu ibu.
-ALFALFA membantu mempercepatkan PENGHASILAN SUSU IBU
-Set ini juga sesuai bagi ibu-ibu yang mengalami masalah SEMBELIT dan KEPUTIHAN.
-Set ini juga membantu sekiranya bayi anda mempunyai masalah ECZEMA
-KURANG SESUAI bagi ibu-ibu yang baru bersalin/dalam pantang jika bayi mengalami JAUNDICE dan terdapat bayi yang SEDIKIT CIRIT-BIRIT dengan ALFALFA.





SET EU-FOUR PACK 

Vitalea (multivitamin)  B-complex  Vitamin C  Ostematrix (kalsium dan magnesium)

  -Terdiri daripada VitaLea, B Complex, Vitamin C dan OSTEMATRIX
  -Sesuai/ Disyorkan buat ibu-ibu yang mengalami KEMERUDUMAN SUSU KETIKA HAID
  -Alternatif kepada Set B bagi yang ALAH DENGAN ALFALFA
  -Juga sesuai untuk ibu-ibu yang TIDAK MINUM SUSU dan ALAH KEPADA LAKTOSA
  -OSTEMATRIX merupakan formula lengkap KALSIUM dengan gabungan MAGNESIUM, VITAMIN dan lain-lain mineral
  -Set ini membantu ibu-ibu kekal CERGAS BERTENAGA WALAUPUN KURANG TIDUR


SET E


Vitalea (multivitamin) 
B-complex 
Vitamin C
Alfalfa complex 
Ostematrix


  -Terdiri daripada VitaLea, B Complex, Vitamin C, Alfalfa dan Ostematrix (SET B + Ostematrix)
  -Menambahbaik antara SET B dengan SET EU-FOUR PACK.



SET BF PLUS
  -Terdiri daripada VitaLea, B Complex, Vitamin C, Alfalfa dan Energizing Soy Protein (SET B + ESP)
  -Sangat di syorkan bagi ibu-ibu yang mempunyai MASALAH PENYUSUAN yang tidak mempunyai masalah dalam pengambilan kalsium harian.
  -Sangat di syorkan bagi ibu-ibu yang sering keletihan, yang risau dengan BERAT BADAN BERTAMBAH kerana ESP membekalkan tenaga dan rasa kenyang yang berpanjangan.


SET 3M (TRIPPLE M)

Vitalea (multivitamin)
B-complex 
Vitamin C
Ostematrix


  -Terdiri daripada SET B + Ostematrix + ESP (Energizing Soy Protein)
  -Sangat disyorkan bagi ibu-ibu yang mempunyai MASALAH PENYUSUAN
  -MASALAH PENYUSUAN yang dimaksudkan ialah dari segi PENGHASILAN SUSU (walaupun pam setiap 3 jam + minum air 3 liter sehari) ; maka set ini membantu memenuhi dan memperbaiki mana-mana kekurangan zat dalam tubuh si ibu supaya dapat berfungsi dengan lebih baik.
  -Set yang paling sesuai bagi ibu-ibu yang mempunyai STOK YANG SEDIKIT/TIADA STOK LANGSUNG
  -Set yang paling sesuai bagi ibu-ibu yang mahu MULA SIMPAN STOK
  -Set yang paling sesuai bagi ibu-ibu yang mahu RELAKTASI/ INDUCE RELACTATION.



Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi saya
Noorazlyn Md Radzi
SID:917661
Call/sms/whatsapp:0195566558

0 comments: